Utusan Borneo (Sabah)

Tiga mangsa lemas ditemui

Kesemua mangsa tragedi di Sungai Poi ditemui di lokasi, waktu berasingan pada Sabtu

-

KANOWIT: Suasana hiba menyelubun­gi Rumah Unding Upak, Nanga Ulin, Sungai Poi selepas tiga mangsa mati lemas ditemui di lokasi dan waktu berasingan, pada Sabtu.

Mangsa pertama, Henry Tataw, 28, ditemui pada jam 8.40 pagi oleh keluargany­a di Nanga Apek iaitu lima kilometer dari kawasan mangsa dipercayai lemas.

Manakala, mangsa kedua Roderick Rody, 12, ditemui oleh ibu bapanya bersama anggota mencari dan menyelamat (SAR) enam kilometer dari lokasi kejadian iaitu satu kilometer dari jarak mangsa pertama ditemui di Nanga Apek pada jam 9.10 pagi.

Pencarian diteruskan sehingga mangsa ketiga dan terakhir Presly Tataw, 27, dijumpai lima kilometer dari lokasi kejadian pada jam 2.45 petang.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Nanga Menalun dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Operasi SAR ditamatkam pada jam 4.25 petang selepas mangsa terakhir diserahkan kepada pihak polis pada jam 4.13 petang.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Benjamin Desmond berkata, pada hari kejadian sekitar jam 3 petang, Presly dipercayai mengajak Roderick mandi- manda di sungai. “Semasa sedang mandi di sungai tersebut, tiba-tiba kedua-dua mangsa kelihatan hampir lemas.

“Henry yang pada ketika itu sedang duduk di jeti berhampira­n melihat keduadua mangsa dan cuba untuk menyelamat­kan mereka, namun beliau turut dibawa arus sungai,” jelasnya.

 ??  ?? PASUKAN SAR sedang mengangkat mayat Henry yang pertama dijumpai.
PASUKAN SAR sedang mengangkat mayat Henry yang pertama dijumpai.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba Balai Kanowit sedang membawa mayat Presly ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis.
ANGGOTA Bomba Balai Kanowit sedang membawa mayat Presly ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis.
 ??  ?? HENRY
HENRY
 ??  ?? PRESLY
PRESLY
 ??  ?? RODERICK
RODERICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia