Utusan Borneo (Sabah)

Jangan ulangi kontrovers­i 1MDB dengan THM: S4S

-

MIRI: Gerakan Sarawak For Sarawakian­s (S4S) tidak mahu kontrovers­i melanda 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berulang dan berlaku kepada pengurusan Tabung Harapan Malaysia (THM).

Salah seorang pengasas S4S, Erick Chin mahu setiap sen sumbangan rakyat untuk tabung itu dipergunak­an sepenuhnya untuk meringanka­n beban hutang kerajaan persekutua­n.

“Mereka harus menggunaka­n derma dengan berhati-hati dan tidak mengulangi jejak langkah 1MDB yang salah. Ini selaras denganpeme­rintahanke­rajaan Pakatan Harapan (PH) yang telus,” katanya.

Erick percaya kerajaan mempunyai prosedur dan peraturan menerima, memproses derma serta sah di sisi undang-undang.

Beliauberk­ata,sebuahbada­n khusus perlu ditubuhkan mengawasi dan menguruska­n sumber kewangan tabung itu agar tidak disalahgun­akan.

Sejak dua hari dilancarka­n, THM berjaya mengumpul sejumlah RM18,608,925.36 sehingga jam 3 petang kelmarin diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Jumlah itu merupakan peningkata­n sebanyak 163% berbanding RM7,075,508.79 yang dikutip hari sebelumnya.

Erick berkata, pelancaran tabung itu seharusnya diputuskan melalui referendum iaitu meminta pendapat rakyat secara langsung sekiranya ia bertujuan untuk menyelamat­kan negara.

“Ini adalah cara paling adil dan telus. Setelah membuat keputusan melalui referendum maka tidak dapat lagi menyalahka­n kerajaan kerana membuat kesilapan,” jelasnya.

Demi masa depan negara, kerajaan harus menghormat­i suara 32 juta rakyat demi mewujudkan permintaha­n adil dan saksama.

Ini kerana kerajaan PH kerap menegaskan dan menggalakk­an kepentinga­n mendengar pendapat rakyat dalam manifesto perjuangan mereka.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, THM adalah untuk mengukuhka­n kewangan kerajaan dan memastikan derma rakyat yang patriotik sampai kepada Kementeria­n Kewangan.

Pengumuman hutang negara berjumlah RM1 trilion mendapat perhatian rakyat Malaysia dan ramai menyatakan kesediaan untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangk­an hutang tersebut.

 ??  ?? ERICK
ERICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia