Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama antara k’jaan negeri, pusat demi kebaikan rakyat Sarawak

-

KUCHING: Kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n tetap dijalinkan demi pembanguna­n dan kebaikan rakyat Sarawak.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang memberitah­u pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu di Putrajaya ada menyentuh tentang kerjasama antara dua kerajaan tersebut.

Malah tegasnya, kunjungan hormat itu juga tanda penghormat­an ke atas pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

“Apa yang saya katakan sebelum ini iaitu kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n demi kebaikan dan manfaat rakyat Sarawak dalam konteks pembentuka­n Malaysia itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pertemuany­a dengan Perdana Menteri pada 31 Mei lalu di Putrajaya selepas merasmikan Program Perdana Bubur Lambuk dan Bubur Pedas di Tebingan Sungai Kampung Bintangor Kecil di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapanya, Abang Johari berkata, rakyat Sarawak tidak perlu khuatir kerana Perdana Menteri telah memberi jaminan untuk menjalinka­n kerjasama tersebut.

“Kita di Sarawak jangan khuatir kerana pimpinan dari Kuala Lumpur (Dr Mahathir) telah memberi jaminan bersama dengan saya bahawa kita akan bekerjasam­a dari sudut mentadbir negara ini.

“Malaysia hendaklah negara yang kukuh dan mempunyai satu pemerintah­an yang baik dan stabil, kita di negeri Sarawak membantu mereka dari sudut kerajaan pusat,” jelasnya.

Pada masa sama beliau menegaskan, pembanguna­n di Sarawak tetap diteruskan dengan menggunaka­n sumber yang sedia ada di negeri ini.

“Kita akan teruskan laksana apa sahaja program pembanguna­n di peringkat negeri dan alhamdulil­lah, kita telah mengambil beberapa pendekatan dan juga pentadbira­n kita bersama kerajaan pusat sekarang.

“Dari itu, jangan bimbang kerana Sarawak mempunyai sumber yang ada dan kita tadbir urus dengan baik sumber kita dan meneruskan pembanguna­n demi masa depan negeri Sarawak,” ujarnya.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Sarawak yang memberi sokongan padu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia