Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan gembira kerajaan baharu PH teruskan bantuan elaun sara hidup

-

KUCHING:Golonganne­layanmenza­hirkan rasa gembira apabila kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan (PH) meneruskan pemberian bantuan elaun sara hidup nelayan untuk mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara Jam Hajimi berkata, bantuan itu sememangny­a amat diperlukan oleh golonga nelayan di negeri ini.

“Kita menyambut baik pengumuman kerajaan baharu untuk meneruskan pemberian elaun sara hidup nelayan ini.

“Ia berita yang gembira untuk kami golongan nelayan selepas pembentuka­n kerajaan baharu di peringkat persekutua­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Jam memberitah­u, pemberian elaun sara hidup nelayan itu sememangny­a sesuatu yang ditunggu-tunggu dan menjadi pertanyaan di kalangan ahli PNK.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan baharu yang dipimpin Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjaga kebajikan golongan nelayan di negeri ini.

Katanya, selain bantuan bulanan sara hidup sebanyak RM300 sebulan itu, golongan tersebut juga menerima bantuan lain seperti subsidi diesel, peralatan nelayan dan sebagainya.

“Inilah harapan kita kepada kerajaan baharu agar bantuan-bantuan seumpama ini dapat diteruskan supaya kebajikan golongan nelayan sentiasa dipelihara,” tambanya.

Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan kepada parti yang memerintah baik di peringkat negeri mahupun persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia