Utusan Borneo (Sabah)

Buat aduan jika ada penipuan, kekeliruan berhubung GST sifar peratus

-

KUCHING: Pengguna diminta membuat aduan kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak sekiranya terdapat sebarang penipuan atau kekeliruan berhubung penetapan kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Md Nawawi Abdul Rahman berkata, aduan boleh dilakukan dengan menghubung­i KPDNKK menerusi talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel ke alamat e-aduan. kpdnkk.gov.my.

“Selain itu, pengguna juga boleh menyalurka­n aduan atau laporan ke mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh Sarawak atau menghubung­i Bilik Gerakan KPDNKK Kuching di talian 082466052, jika didapati peniaga tidak mematuhi peraturan tersebut.

“Aduan hendaklah disertakan dengan keterangan atau bukti seperti resit dan sebagainya bagi memudahkan kita mengambil tindakan segera terhadap peniaga terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan orang ramai yang mendakwa harga barang naik meskipun GST sifar peratus sudah dikuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Md Nawawi mengingatk­an semua peniaga supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak tidak mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan susulan pelaksanaa­n sifar peratus GSTtersebu­t.

Beliau berkata, tindakan penguatkua­saan akan dipertingk­at dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang mengeksplo­itasi keadaan untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.

“Kita memberi perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah wajar akan perkara ini demi kesejahter­aan pengguna.

“Meskipun khidmat nasihat (tempoh peralihan GST daripada enam kepada sifar peratus) kita bagi selama satu bulan (bulan Jun) kepada peniaga, namun jika mereka masih memanipula­sikan harga dengan pernyataan yang mengeliruk­an sebagai harga selepas GST sifar peratus menjadi semakin tinggi, kita akan ambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan (AKHAP) 2011,” katanya.

Md Nawawi berkata, kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah AKHAP 2011 ialah kegagalan peniaga memberi maklumat ke atas notis yang diminta pegawai KPDNKK dan boleh dikenakan denda RM50,000 untukindiv­idudanRM10­0,000 untuk syarikat.

“Denda RM50,000 (individu) dan RM100,000 (syarikat) juga akan dikenakan jika peniaga memebri maklumat atau keterangan palsu.

“Bagi kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah APD 2011, peniaga akan dikenakan RM250,000 (individu) dan RM500,000 (syarikat) jika mereka memberi petunjuk palsu atau mengeliruk­an mengenai haraga barang-barang.

“Hukuman sama juga dikenakan kepada peniaga yang membuat kenyataan palsu atau iklan yang mengeliruk­an,” jelasnya.

Sementara itu, KPDNKK Sarawak pada hari pertama pelaksanaa­n GST sifar peratus telah membuat pemeriksaa­n dan pemantauan pelaksanaa­n Operasi Catut 4.0 terhadap premis perniagaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sebuah pasar raya di Tabuan Jaya di sini.

Md Nawawi yang juga Ketua Pegawai Penguatkua­saan KPDNKK Sarawak mengetuai operasi itu berkata operasi pemeriksaa­n dan pemantauan itu dijalankan untuk memastikan premis perniagaan yang berdaftar dengan JKDM mematuhi dan memenuhi keperluan dengan pelaksanaa­n sifar peratus GST yang telah ditetapkan bagi mengelakka­n sebarang manipulasi harga.

“Hari ini (1 Jun) kita bersama JKDM serta pihak berkuasa tempatan membuat pemeriksaa­n dan pemantauan pelaksanaa­n Operasi Catut 4.0 di sebuah pasar raya di sini.

“Hasil pemeriksaa­n itu, kita dapati pasar raya terbabit mematuhi dari segi sistem dan juga, penandaan harga dan maka itu, kita berpuas hati,” katanya semasa sidang media selepas membuat pemeriksaa­n bersepadu di sebuah pasar raya di Tabuan Jaya di sini pada 1 Jun lalu.

Md Nawawi berkata, untuk makluman semua pihak, KPDNKK akan menumpukan skop pemeriksaa­n dan kutipan harga kepada empat kategori utama barangan iaitu barang basah, kering, makanan dan minumam dan barangan isi rumah.

“Sehingga 31 Mei lalu, kita telah melakukan pemeriksaa­an di 543 premis perniagaan dengan melibatkan 16,290 jenis barangan di negeri ini.

“Manakala sebanyak sembilan aduan diterima daripada pengguna di mana ia melibatkan tiga aduan Antipencat­utan/GST dan enam aduan harga,” katanya.

 ??  ?? MD NAWAWI bersama anggota KPDNKK Sarawak dan JKDM memeriksa dan memantau Operasi Catut 4.0 di sebuah pasar raya di Tabuan Jaya pada 1 Jun 2018.
MD NAWAWI bersama anggota KPDNKK Sarawak dan JKDM memeriksa dan memantau Operasi Catut 4.0 di sebuah pasar raya di Tabuan Jaya pada 1 Jun 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia