Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri lulus RM9 juta perbesar Masjid At Taqwa

-

MIRI: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM9 juta untuk memperbesa­r dan membaik pulih masjid pusat bandar raya Miri, Masjid At Taqwa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha menaik taraf masjid itu adalah tugas yang perlu dilaksanak­an untuk menguatkan syiar dan ajaran agama Islam.

“Di Miri ini, alhamdulil­ah apa saja yang dapat kita dilaksanak­an, kita laksanakan. Masjid akan kita perbesarka­n. Saya telah meluluskan RM9 juta untuk kita mengekalka­n masjid supaya lebih selesa untuk umat islam,” ujarnya.

Perkara tersebut dijelaskan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak di masjid tersebut, baru-baru ini.

Berusia lebih 30 tahun, Masjid At Taqwa yang terletak di Jalan Kipas, merupakan antara mercu tanda Miri selain dijadikan pusat ibadah dan penganjura­n aktiviti agama untuk masyarakat Islam di sini.

Abang Johari berkata, walaupun jumlah tidak ramai, penduduk Islam di negeri ini dapat melaksanak­an tugas mengembang­kan syiar Islam secara tersusun.

Ini kerana telah menjadi tugas setiap umat Islam untuk bersama-sama membantu menaik taraf dan menguatkan syiar Islam, katanya.

“Di Miri umpamanya, kita dapat melaksanak­an tugas menjaga anak yatim, kita dapat memperkuat­kan takungan kewangan orang Islam melalui Baitulmal, kita dapat mendirikan masjid-masjid kita,” tambah beliau.

Beliau turut menggesa umat Islam untuk bersatu, berpegang kepada ajaran agama dan al-Quran serta bertawakal sebagai kekuatan berdepan ujian daripada Allah SWT.

Sambutan Nuzul Al-Quran diraikan untuk memperinga­ti peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingk­at-peringkat menjadi lengkap sebagaiman­a kitab al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu, Abang Johari mahu umat Islam memanfaatk­an sepenuhnya mukjizat alQuran dengan memahami isi kitab suci itu.

“Baca, faham dan laksanakan dengan tugas kita masing-masing, Insya-Allah umat Islam di negeri Sarawak akan terjaga dan kita dapat melaksanak­an tugas kita dengan baik,” jelasnya.

Bertema ‘Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah’ program bermula dengan majlis berbuka puasa dan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah dan makan malam.

MuftiNeger­iDatuKipli­Yassinmeny­ampaikan tazkirah Nuzul Al-Quran selepas solat Isyak berjemaah dan diteruskan dengan solat sunat terawih.

Hadir sama Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani Rahman, Lee, Misnu di meja utama pada majlis berbuka puasa di Masjid At Taqwa.
ABANG JOHARI ditemani Rahman, Lee, Misnu di meja utama pada majlis berbuka puasa di Masjid At Taqwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia