Utusan Borneo (Sabah)

Diskaun sehingga 30% di Mukah Engineerin­g

Pelbagai peralatan berkuasa tinggi yang berkualiti dan terkenal ditawarkan sehingga esok

- Oleh MOHAMAD ACHIL NORRLATEP

MUKAH: Penduduk sekitar Mukah boleh menikmati diskaun untuk pembelian peralatan berkuasa tinggi dengan potongan sehingga 30 peratus di Mukah Engineerin­g Sdn Bhd (Mukah Engineerin­g) sehingga esok (5 Jun).

Menurut Pengarah Mukah Engineerin­g Kong King Guan, pihaknya mengadakan promosi seumpama untuk memberikan peluang kepada penduduk Mukah serta sekitarnya menikmati harga terendah untuk memiliki peralatan berkuasa tinggi berjenama.

“Kita mempunyai beberapa jenama yang sememangny­a amat berkualiti serta dikenali dengan potongan harga sehingga 30 peratus,” kata Kong kepada Utusan Borneo.

Bukan sahaja harga terendah, malah katanya kesemua peralatan dijual dengan harga tanpa caj Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Ini kerana promosi berkenan menurutnya dilancarka­n sehari setelah kerajaan memansuhka­n cukai tersebut.

Selain barangan seperti alatan berkuasa tinggi biasa, pihaknya turut mempunyai 18 barangan keluaran terbaharu yang bakal memenuhi kehendak para pengguna.

“Kita akan adakan didik

dan ajar para pembeli tahu bagaimana untuk menggunaka­n alatan berkuasa tinggi dan sudah tentunya kami mementingk­an perkhidmat­an setelah membeli,” ujarnya lagi.

Oleh itu, Hong mengalualu­kan penduduk Mukah serta sekitarnya untuk tidak melepaskan peluang memiliki peralatan berkuasa tinggi dengan harga paling berpatutan sempena promosi dan juga sambutan perayaan.

Setelah enam tahun bertapak di Mukah, Mukah Engineerin­g merupakan salah satu pengedar alatan berkuasa tinggi utama dan dipercayai.

Para pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai malumat lanjut dan sudah semestinya harga rendah dengan mengunjung­i Mukah Engineerin­g beralamat di Lot 424, Sublot 72, Ground Floor Mukah Land District, 96400 Mukah yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai promosi, orang ramai boleh menghubung­i Mukah Engineerin­g di 084871966.

Kita akan adakan didik dan ajar para pembeli tahu bagaimana untuk menggunaka­n alatan berkuasa tinggi dan sudah tentunya kami mementingk­an perkhidmat­an setelah membeli.

KONG KING GUAN Pengarah Mukah Engineerin­g

 ??  ?? LOKASI promosi Mukah Engineerin­g Sdn Bhd selama lima hari bermula 1 hingga 5 Jun 2018.
LOKASI promosi Mukah Engineerin­g Sdn Bhd selama lima hari bermula 1 hingga 5 Jun 2018.
 ??  ?? BEBERAPA pelanggan memilih peralatan berkuasa tinggi yang dijual ketika promosi berlangsun­g.
BEBERAPA pelanggan memilih peralatan berkuasa tinggi yang dijual ketika promosi berlangsun­g.
 ??  ?? MUKAH Engineerin­g menawarkan peralatan berkuasa tinggi sama ada untuk kegunaan biasa, komersil atau pejabat.
MUKAH Engineerin­g menawarkan peralatan berkuasa tinggi sama ada untuk kegunaan biasa, komersil atau pejabat.
 ??  ?? SALAH seorang kakitangan Mukah Engineerin­g (kiri) menerangka­n cara-cara penggunaan peralatan kepada pelanggan.
SALAH seorang kakitangan Mukah Engineerin­g (kiri) menerangka­n cara-cara penggunaan peralatan kepada pelanggan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peralatan berkuasa tinggi yang terdapat ketika promosi di premis Mukah Engineerin­g.
SEBAHAGIAN daripada peralatan berkuasa tinggi yang terdapat ketika promosi di premis Mukah Engineerin­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia