Utusan Borneo (Sabah)

Najib persoal angka hutang negara dan kos projek HSR

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal­kan angka yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkaitan dengan hutang negara dan kos projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Singapura-Kuala Lumpur (HSR), dengan mendakwa angka itu tidak tepat.

Najib dalam catatan di laman Facebookny­a berkata, beliau melihat langkah Lim itu sebagai satu permainan politik dengan ‘anggaran angka tanpa maklumat mencukupi’ untuk menjadikan­nya sebagai alasan kerana tidak dapat menunaikan manifesto Pakatan Harapan mengikut tempoh yang dijanjikan.

Beliau berkata menteri kewangan sesebuah negara perlu menyediaka­n angka yang tepat kerana pasaran kewangan bergantung kepada angkaangka ini dalam keputusan mereka.

“Angka yang tepat juga perlu diberikan agar tidak mengeliruk­an rakyat,” katanya.

Najib juga menyalahka­n maklumat yang tidak tepat ini sebagai faktor yang memacu dana asing keluar dari pasaran tempatan.

“Akibat daripadan perkara yang tidak sepatutnya ini, pasaran saham mengalami aliran keluar asing selama 18 hari berturut-turut,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan baharu untuk mengekalka­n fokus melindungi pertumbuha­n ekonomi, pekerjaan dan kestabilan kewangan negara.

“Beberapa bulan lepas, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa melaporkan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional dijangka mencapai status negara berpendapa­tan tinggi seawal dalam masa tiga tahun.

“Kerajaan Pakatan Harapan perlu memastikan kita berada di landasanun­tukmencapa­isasaran ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia