Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka diniaga tinggi

Sudah ada gambaran jelas langkahlan­gkah tambah baik ekonomi

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi ke arah paras 1,750-1,770 pada minggu ini, kata seorang peniaga.

Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff memberitah­u Bernama paras itu dijangka dicapai selepas bursa menyusut ke paras 1,750 minggu lepas berikutan jualan besar-besaran dalam saham wajaran tinggi.

“Jualan besar-besaran itu juga disebabkan reaksi berlebihan terhadap paras hutang negara berjumlah RM1 trilion seperti yang diumumkan oleh kerajaan awal minggu ini (minggu lepas).

“Bagi minggu depan (minggu ini), kebimbanga­n akan lebih terarah ke pasaran global kerana terdapat kemungkina­n akan berlaku semula perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dengan pelbagai negara berkaitan dengan tarif tinggi yang dikenakan ke atas keluli dan aluminimum, serta perkembang­an terkini tentang dasar kadar faedah Rizab Persekutua­n AS,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur berikutan momentum jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, serta kaunter situasi.

Bursa Malaysia memulakan daganganny­a pada minggu lepas rendah, sejajar dengan aliran serantau, dan meneruskan penurunann­ya pada Rabu berikutan jualan pelabur asing, sehari selepas cuti umum pada Selasa sempena Hari Wesak.

Bagaimanap­un, pada Khamis dan Jumaat, bursa melantun semula berikutan berita positif selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberikan gambaran yang lebih jelas tentang langkahlan­gkah yang diambil kerajaan bagi menambah baik lagi keadaan ekonomi menerusi dasar-dasar antara lainnya mewujudkan persekitar­an lebih mesra perniagaan bagi pelabur serta menggalakk­an aliran masuk pelaburan dari India.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 41.02 mata kepada 1,756.38 daripada 1,797.4.

Indeks FBM Emas meningkat 304.88 mata kepada 12,235.9, Indeks FBMT100 naik 294.72 mata kepada 12,053.96, FBM 70 menokok 398.46 mata kepada 14,442.16, Indeks FBM Emas Shariah menambah 388.09 mata kepada 12,220.21 manakala FBM Ace melonjak 140.06 mata kepada 5,049.55.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 262.53 mata kepada 17,617.03, Indeks Perusahaan naik 48.59 mata kepada 3,164.82 dan Indeks Perladanga­n menokok 143.85 mata kepada 7,700.26.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 13.32 bilion unit bernilai RM18.79 bilion daripada 12.90 bilion unit bernilai RM15.95 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 9.08 bilion unit bernilai RM18.13 bilion daripada 8.17 bilion unit bernilai RM15.19 bilion.

Jumlah dagangan waran turun kepada 2.85 bilion unit bernilai RM464.73 juta berbanding 3.07 bilion unit bernilai RM519.62 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 1.38 bilion saham bernilai RM200.66 juta daripada 1.55 bilion saham bernilai RM233.17 juta pada minggu sebelumnya.

“Bagi minggu depan (minggu ini), kebimbanga­n akan lebih terarah ke pasaran global kerana terdapat kemungkina­n akan berlaku semula perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dengan pelbagai negara berkaitan dengan tarif tinggi yang dikenakan ke atas keluli dan aluminimum, serta perkembang­an terkini tentang dasar kadar faedah Rizab ” Persekutua­n AS. DR AHMED RAZMAN ABDUL LATIFF Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia