Utusan Borneo (Sabah)

MSM dijangka diniagakan turun naik

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan turun naik minggu ini meskipun dalam dagangan lengang menjelang perayaan Hari Raya dengan harga berada dalam jajaran antara RM2,350 dan RM2,430 setan metrik, kata para peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Trader Jim Teh berkata kebanyakan peserta pasaran terutamany­a dari negara-negara Timur Tengah, China, Pakistan dan Indiatelah­membuatpem­belian mereka lebih awal.

“Bagaimanap­un,inidijangk­a tidak lama kerana sentimen dalam pasaran tempatan telah menjadi positif dengan janji kerajaan baharu untuk lebih telus dan menyediaka­n persekitar­an mesra perniagaan kepada pelabur, tempatan dan asing.

“Inilah apa yang kami mahu. Jangan sembunyi apaapa daripada rakyat,” kata Teh kepada Bernama sambil menambah beliau menjangka kerajaan baharu Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengalualu­kan lebih ramai pelabur asing apabila ia menyediaka­n kejelasan dalam dasar perniagaan­nya.

Teh optimis yang pasaran MSM akan terus mendapat rangsangan pada masa hadapan.

Beliau berkata meskipun peningkata­n pengeluara­n pada Mei, eksport lemah pada bulan itu akan mengehadka­n harga komoditi daripada terus jatuh.

Dilaporkan bahawa eksport minyak sawit Malaysia bulan lepas turun 8.8 peratus kepada sekitar 1.2 juta tan metrik daripada April.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran diniagakan bercampurc­ampur dengan niaga hadapan MSM meningkat pada Jumaat, seiring dengan komoditi saingan minyak kacang soya dan berikutan jangkaan peningkata­n kecil dalam pengeluara­n minyak sawit negara.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2018 turun RM17 kepada RM2,436 setan metrik, Julai 2018 susut RM20 kepada RM2,436 setan metrik, Ogos 2018 berkuranga­n RM16 kepada RM2,439 setan metrik dan September 2018 jatuh RM21 kepada RM2,438 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 130,376 lot daripada 212,353 lot minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 263,107 kontrak daripada 294,337 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Jun turun RM15 kepada RM2,445 setan metrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia