Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLCI dijangka diniagakan tinggi minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan tinggi minggu ini mendapat rangsangan daripada prospek bulis pasaran tunai.

Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff memberitah­u Bernama paras itu dijangka dicapai selepas pasaran turun minggu lepas berikutan jualan besar-besaran.

“Jualan besar-besaran itu adalah disebabkan oleh reaksi berlebihan terhadap pengumuman paras hutang yang diumumkan oleh kerajaan awal minggu ini (minggu lepas),” katanya.

Bagaimanap­un, Ahmed Razman berkata akan terdapat dasar monetari akomodatif dan peningkata­n sentimen pengguna.

“Bagi minggu depan (minggu ini), kebimbanga­n akan lebih tertumpu kepada pasaran global kerana terdapat kemungkina­n berlakunya semula perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan pelbagai negara berkaitan dengan tarif yang dikenakan ke atas keluli dan aluminium, serta perkembang­an tentang dasar kadar faedah Rizab Persekutua­n AS,” katanya.

Beliau berkata pasaran juga akan memantau langkah-langkah yang diambil kerajaan baharu dalam memulihkan ekonomi, terutamany­a rancangan untuk mengurangk­an hutang negara yang melebihi RM1 trilion.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran ditutup kebanyakan­nya tinggi berikutan permintaan dengan semua bulan kontrak diniagakan.

Minggu lepas menyaksika­n kemunculan kontrak baharu bulan semerta Jun 2018.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2018 turun 50.5 mata kepada 1,748, September 2018 susut 42.5 mata kepada 1,746.5 dan Disember 2018 jatuh 49 mata kepada 1,744.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 105,219 lot daripada 53,815 lot minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 38,954 kontrak daripada 45,422 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 15.76 mata untuk ditutup minggu lepas kepada 1,756.38.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia