Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah dijangka diniagakan rendah

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah minggu ini, seiring dengan jangkaan prestasi lemah niaga hadapan getah di penanda aras Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata pasaran niaga hadapan TOCOM, yang mempengaru­hi harga getah di Asia Tenggara, pulih perlahan-lahan sejak lewat Mac, dalam keadaan peningkata­n bekalan dan permintaan yang tidak berubah.

“Kami menjangkak­an komoditi itu kekal lemah disebabkan oleh inventori tinggi dalam tempoh sederhana dan jangka panjang dan permintaan lemah,” kata peniaga itu sambil menambah prestasi komoditi lain terutamany­a harga minyak dunia, juga dijangka mempengaru­hi pasaran getah pada minggu ini.

Sentimen lemah itu juga dipengaruh­i oleh konflik perang perdaganga­n yang tercetus semula antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Eropah, Kanada dan Mexico.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran getah tempatan ditutup bercampurc­ampur, menerima tekanan daripada penurunan harga minyak mentah.

Bagaimanap­un, penurunan itu dihadkan oleh prestasi lebih baik di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan berita yang China sedang berada di landasan pertumbuha­n ekonomi yang kukuh.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum Hari Wesak.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 turun 10.5 sen kepada 558.5 sen sekilogram daripada 569 sen sekilogram pada minggu sebelumnya, manakala lateks pukal susut 27.5 sen kepada 472.5 sen sekilogram daripada 500 sen sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia