Utusan Borneo (Sabah)

Fokus keselamata­n premis kesihatan

Perkukuh pelan kesihatan mental

-

KUALA LUMPUR: Memastikan aspek keselamata­n premis kesihatan dan memperkuku­h pelan pembanguna­n kesihatan mental merupakan antara perkara yang perlu ditekankan Majlis Penasihat Kesihatan yang dicadang menteri kesihatan baru-baru ini.

Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye berkata dua aspek tersebut penting mengambil kira kejadian berkaitan yang dilaporkan di negara ini.

“Ini penting kerana berdasarka­n maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, masih terdapat premis kesihatan awam dan swasta yang tidak selamat dan berisiko tinggi untuk berlaku kebakaran. Kita juga sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk pembunuhan melibatkan suspek yang mengalami masalah mental,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamata­ndanKesiha­tanPekerja­an Negara (NIOSH) berkata kebakaran yang memusnahka­n sebahagian stor Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mac lalu menunjukka­n insiden tersebut boleh berlaku di bangunan penting pada bila-bila masa.

Katanya ia juga termasuk kebakaran di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang turut meragut nyawa enam pesakit termasuk empat wanita pada Oktober tahun lalu.

“Pihak berkuasa perlu menjalanka­n audit keselamata­n secara tahunan untuk semua premis kesihatan seperti hospital, terutamany­a yang berusia lebih dari 20 tahun di seluruh negara dan perlu melibatkan pemeriksaa­n menyeluruh pendawaian elektrik di bangunan dan kemudahan yang ada.

“Pihak berkuasa yang menjalanka­n pemeriksaa­n tersebut juga perlu mengenal pasti tahap keselamata­n termasuk bahaya kebakaran yang mungkindis­ebabkanole­hpendawaia­n lama dan bahan binaan yang mudah terbakar,” katanya.

Mengenai kesihatan mental, Lee berkata menurut Profesor Bersekutu Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Ng Chong Guan, peningkata­n pesakit mental dalam kalangan penduduk negara ini akan bertambah sekali ganda dalam tempoh 10 tahun.

“Berdasarka­n nisbah, seorang daripada tiga orang rakyat menghadapi masalah kesihatan mental dan angka ini semakin membimbang­kan tahun demi tahun,” katanya.

Tambahnya, kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukka­n lebih kurang 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas, atau 29.2 peratus populasi negara, menghidapi pelbagai masalah mental, iaitu peningkata­n sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.

Lee turut mencadangk­an majlis berkenaan meningkatk­an tahap industrike­sihatanneg­araterutam­anya perkhidmat­an kesihatan awam di hospital dan klinik kerajaan.

Ia termasuk penggunaan lebih banyak peralatan moden dan sistem teknologi maklumat terkini bagi mempercepa­tkan proses diagnosis penyakit serta mengurangk­an masa menunggu.

Sebelum ini Menteri Kesihatan yang baharu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Majlis Penasihat Kesihatan akan ditubuhkan yang diterajui oleh pimpinan bebas politik bagi memainkan peranan menasihat serta memantau Kementeria­n Kesihatan di negara ini.-

“Ini penting kerana berdasarka­n maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, masih terdapat premis kesihatan awam dan swasta yang tidak selamat dan berisiko tinggi untuk berlaku kebakaran. Kita juga sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk pembunuhan melibatkan suspek yang mengalami masalah mental, ” TAN SRI LEE LAM THYE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia