Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kedah tegas kekang penjualan mercun terlarang

-

PENDANG: Polis Kedah pada Ahad memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang penjualan mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Sahabudin Abd Manan berkata mereka yang berdegil akan berdepan tindakan tegas menurut Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000.

“Sayasudahm­engarahkan semua ketua polis daerah dan ketua polis balai (OCS) memberi perhatian perkara ini dan semalam pun dah ada OCS yang membuat rondaan di bazar Ramadan di Pokok Sena dan saya percaya di tempat lain pun sama.

“Tindakan ini perlu kerana bermain mercun adalah berbahaya dan kita tidak mahu tragedi yang menimpa pelajar berusia 14 tahun di Kelantan baru-baru ini terjadi pula di Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Pendang dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, pada Ahad.

Pada majlis itu, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ampang DSP Arriz Sham Hamezah menerima tugas selaku Ketua Polis Daerah Pendang, menggantik­an Supt Fadzil Hashim yang dilantik Pegawai Turus JabatanPen­cegahanJen­ayah dan Keselamata­n Kepolisan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Perkep IPD Pendang pula menerima Wan Nur Haniza Wan Zain sebagai pengerusi baharu menggantik­an Fariza Abdullah.

Mengulas perkembang­an lain, Sahabudin berkata pihaknya akan terus memperketa­t kawalan di sempadan Bukit Kayu Hitam bersama-sama agensi-agensi lain sepanjang musim perayaan ini.

“Kita tidak bekukan cuti anggota tahun ini namun kita buat secara bergilirgi­lir bagi memastikan sempadan negara tidak dibolosi dengan dadah dan bahan larangan lain. Kita juga bersedia dengan apa jugakemung­kinanterma­suk banjir memandangk­an keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang,” katanya.

Sementara itu mengulas pelantikan­nya, Arriz Sham berkata beliau akan memberi tumpuan kepada pembantera­san kegiatan berkaitan dadah di Pendang.

“Saya harap semua anggota dapat bekerja bersama-sama bagi menjayakan misi ini,” katanya.-

 ?? -Gambar Bernama ?? BEKAS Ketua Polis Daerah Pendang Superinten­dan Fadzil Hashim (kiri) menyerahka­n Dokumen Serah Terima Tugas kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ampang DSP Arriz Sham Hamezah, 38, (kanan) yang dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Pendang...
-Gambar Bernama BEKAS Ketua Polis Daerah Pendang Superinten­dan Fadzil Hashim (kiri) menyerahka­n Dokumen Serah Terima Tugas kepada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ampang DSP Arriz Sham Hamezah, 38, (kanan) yang dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Pendang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia