Utusan Borneo (Sabah)

JKR diminta timbus lubang akibat banjir

-

KULIM: Anggota Parlimen Padang Serai M. Karupaiya akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menimbus lubangluba­ng di sekitar kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur di Kampung Baru Sungai Kob pada 29 Mei lepas.

Beliau berkata selepas banjir, terdapat beberapa lubang hasil mendapan akibat aliran sungai yang kuat dan hujan lebat yang mana rata-rata saiz lubang itu agak besar dan dalam.

“Jadi, kita amat bimbang dengan keselamata­n penduduk kampung terutama mereka yang tinggal berdekatan lubang ini, untuk itu, saya akan berjumpa dengan pihak JKR hari ini untuk mereka datang membantu dengan membawa tanah bagi menimbus lubang-lubang mendapan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Katanya, setakat ini lebih daripada 50 sukarelawa­n telah tampil membantu penduduk dalam kerja-kerja membersihk­an rumah dan berharap kerja-kerja pembersiha­n itu dapat diselesaik­an dalam kadar segera sebelum sambutan Aidilfitri.

“Kita faham sambutan Hari Raya semakin dekat...kita tidak mahu penduduk berterusan berada dalam keadaan tidak selesa setiap kali waktu berbuka puasa dan bersahur,” katanya.

Beliau juga berharap mereka yang ingin memberi bantuan agar tampil segera memandangk­an mangsa amat memerlukan barangan keperluan asas seperti pakaian, tilam, bantal, tikar, lampin pakai buang untuk bayi dan orang tua berbanding bantuan makanan.

“Kita terima banyak bantuan berbentuk makanan yang sudah dimasak atau belum tetapi sangat kurang bagi baju, seluar, kain pelekat atau batik, pakaian dalam, pakaian kanak-kanak dan seumpamany­a,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pembinaan rumah baharu bagi keluarga mangsa korban arus deras, Karupaiya akan berbincang dengan balu mangsa, Che Yang Ton bagi mencari tempat yang sesuai untuk mendirikan rumah tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia