Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai diharap terus derma darah untuk keperluan perayaan

-

KUALA TERENGGANU: Orang ramai terutama di sekitar Kuala Terengganu diharap tampil menderma darah untuk memastikan bekalan stok Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mencukupi sepanjang Aidilfitri nanti.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata keperluan harian di hospital itu ialah antara 40 hingga 45 pain darah namun jumlahnya akan meningkat kepada 50 hingga 60 pain darah setiap hari pada musim perayaan.

“Kebiasaann­ya, jumlah ini dapat ditampung dengan penderma tegar yang datang ke hospital mengikut jadual, namun pada Ramadan kebanyakan­nya tidak hadir disebabkan berpuasa pada siang hari.

“Sebab itu, kita merayu orang ramai terutama umat Islam untuk tampil menderma darah di hampir 30 masjid di seluruh negeri yang kita adakan selepas solat sunat terawih berakhir dengan sasaran memperoleh 40 hingga 50 pain darah setiap hari,” katanya kepada Bernama pada Ahad.

Orang ramai yang digalakkan menderma darah mestilah berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun, sihat tubuh badan dan tidak berpenyaki­t.

Selain masjid, kempen derma darah turut diadakan di lokasi tumpuan ramai seperti pusat membelibel­ah dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta pada Ramadan ini.

Dr Mohammad berkata peningkata­n penggunaan darah pada musim perayaan adalahbagi­kegunaanke­s-kes kemalangan, pembedahan, kes denggi, serta wanita bersalin.

“Setakat ini, memang keperluan darah di HSNZ masih mencukupi namun persediaan perlu dibuat agar stok bekalan darah berada pada tahap optimum tambahan pula HSNZ adalah hospital utama di Terengganu yang sering

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia