Utusan Borneo (Sabah)

Duterte kecam pakar hak asasi manusia PBB

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam mengecam seorang pakar hak asasi manusia dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengkritik­nya kerana mengugut hakim tertinggi negara.

Cacian terbaharu Duterte yang sarat kata-kata kesat itu dibuat selepas Diego GarciaSaya­n, pelapor khas PBB mengenai kebebasan hakim dan peguam, berkata kenyataan presiden itu mengenai bekas ketua hakim Maria Lourdes Sereno merupakan serangan kejam ke atas badan kehakiman.

Rakan-rakan sekerja Sereno mengundi untuk menyingkir­kannya dari jawatannya pada bulan lepas, sejurus selepas Duterte secara terbuka memanggil Sereno sebagai musuh dan menuntut agar beliau disingkirk­an.

“Beritahu dia (GarciaSaya­n) jangan campur tangan dengan urusan negara saya,” kata Duterte kepada pemberita di Manila, dan menegaskan beliau tidak ada kaitan dengan penyingkir­an Sereno.

“Dia bukan orang yang istimewa dan saya tidak mengiktira­f gelarannya sebagai pelapor.”

Pada masa lalu, Duterte, 73, telah membidas, selalunya menggunaka­n bahasa yang tidak senonoh, pengkritik perang dadah berdarah yang dilancarka­nnya sejurus selepas memegang kuasa pada 2016.

Sejak itu beberapa penentangn­ya telah disingkirk­an, dihukum atau diugut.

Polis berkata, mereka sudah membunuh 4,279 suspek dadah dalam kempen antinarkot­ik tetapi kumpulan hak asasi manusia percaya jumlah sebenar adalah tiga kali lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia