Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki disyaki merancang serangan bom diberkas

-

JAKARTA: Polis antiterori­sme Indonesia menahan tiga bekas pelajar dalam satu serbuan ke atas sebuah kampus universiti di Pekanbaru, Pulau Sumatra, dan merampas bom buatan sendiri dan bahan letupan lain, kata polis.

Lelaki-lelaki tersebut disyaki membuat rancangan untuk menyerang dewan parlimen tempatan di Pekanbaru, ibu kota wilayah Riau, menurut jurucakap polis negara Setyo Wasisto.

Dalam serbuan kelmarin di sebuah fakulti di Universiti Riau, polis menjumpai bom paip, bom tangan buatan sendiri, selain bahan letupan buatan sendiri ‘triacetone triperoxid­e’ (TATP), yang dikenali sebagai “ibu Syaitan”, kata Wasisto.

Mereka turut merampas selaras raifal angin dan beberapa set busur dan panah, selain bahan lain seperti baja yang dapat digunakan untuk membuat bom, katanya.

Pihak berkuasa telah mengetenga­hkan kebimbanga­n mengenai kebangkita­n fahaman radikal di universiti di negara majoriti Muslim terbesar di dunia itu.

Beberapa tinjauan barubaru ini ke atas pelajar telah menunjukka­n sokongan yang signifikan kepada kumpulan Daesh atau Negara Islam (IS), jihad dan penubuhan pemerintah­an khalifah di Indonesia.

Selepas beberapa kejayaan besar dalam usaha menangani kegiatan militan Islamis sejak dua dekad lalu, serangan juga semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Pada bulan lepas, polis menembak mati empat lelaki yang menggunaka­n pedang samurai untuk menyerang anggota polis di ibu pejabat polis di Pekanbaru.

Serangan itu berlaku sejurus selepas siri serangan bom nekad oleh anggota militan yang menyasari gereja dan sebuah bangunan polis di Surabaya, bandar raya kedua terbesar di Indonesia.

Pada keseluruha­nnya, kira-kira 30 orang maut dalam serangan di Surabaya, termasuk 13 daripada suspek yang disyaki pengebom nekad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia