Utusan Borneo (Sabah)

Sekatan tetap selagi Korea Utara masih bersenjata nuklear

-

SINGAPURA: Korea Utara tidak akan dilepaskan daripada sebarang sekatan sehingga ia sudah menunjukka­n langkah yang tidak dapat ditarik balik untuk pelucutan nuklear, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Jim Mattis semalam.

Mattis, yang berucap di persidanga­n keselamata­n di Singa-pura sebelum sidang kemuncak diadakan antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, berkata ia amat penting bagi masyarakat antarabang­sa untuk meneruskan sekatan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu buat masa sekarang.

“Korea Utara akan mendapat pelepasan hanya selepas ia menunjukka­n langkah yang dapat disahkan dan tidak dapat ditarik balik ke arah pemansuhan nuklear,” kata Mattis dalam kenyataan terbuka di satu pertemuan dengan menteri pertahanan Korea Selatan dan Jepun.

“Buat masa sekarang kita teguh dalam komitmen kita untuk mengukuhka­n lagi kerjasama pertahanan kita sebagai kaedah terbaik untuk memelihara keamanan.”

Menteri Pertahanan Korea Selatan Song Young-moo berkata mengambil kira perkembang­an baru-baru ini di Korea Utara, “kita boleh rasa optimis dengan cara yang berhati-hati sambil kita melangkah ke hadapan.”

Mattis sebelum ini lebih cenderung mengelak daripada membuat kenyataan secara terbuka mengenai sidang kemuncak akan datang, yang Trump sudah sahkan akan berlangsun­g di Singapura pada 12 Jun, sebaliknya mengalah kepada Jabatan Negara.

Tugasan penting sebelum sidang kemuncak itu adalah untuk menetapkan agenda.

Halangan utama kemungkina­n konsep pemansuhan nuklear, kedua-dua pihak berkata mereka menyokongn­ya tetapi jurang begitu luas di antara definisi mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? DARI kiri, Mattis bersama Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera dan Menteri Petahanan Korea Selatan Song Young-moo beredar selesai mesyuarat tiga hala sebagai acara sampingan Sidang Kemuncak Keslamatan Dialog IISS Shangri-La di Singapura, semalam.
— Gambar AFP DARI kiri, Mattis bersama Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera dan Menteri Petahanan Korea Selatan Song Young-moo beredar selesai mesyuarat tiga hala sebagai acara sampingan Sidang Kemuncak Keslamatan Dialog IISS Shangri-La di Singapura, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia