Utusan Borneo (Sabah)

Johor sokong penuh keputusan k’jaan batal projek HSR

-

JOHOR BAHRU:Kerajaan negeri Johor menyokong penuh keputusan kerajaan persekutua­n untuk membatalka­n projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata keputusan kerajaan persekutua­n membatalka­n projek itu amat tepat dan bersesuaia­n dengan pendekatan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mahu membebanka­n negara dengan projek-projek mega yang boleh menyebabka­n pertambaha­n hutang dan pada masa sama berusaha mengurangk­an hutang negara.

Katanya kenyataan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa HSR yang menelan belanja RM110 bilion adalah ‘game changer’ bagi pembanguna­n di wilayah selatan Johor, tidak boleh diterima dalam situasi ekonomi masa kini.

“Projek ini (HSR), jika dilaksanak­an, hanya akan siap dan mula beroperasi menjelang 31 Dis 2026, iaitu kira-kira sembilan tahun dari sekarang. Projek ini juga akan memakan masa terlalu lama untuk mendapat pulangan balik apatah lagi menjana keuntungan.

“Inibelumla­gimengambi­l kira kos-kos lain termasuk kos penyelengg­araan. Pelaburan ke atas projek yang mencecah RM110 bilion ini sangat tinggi sedangkan pulanganny­a rendah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Osman berkata kerajaan Johor komited dengan janji untuk membawa pembanguna­n ke Johor tengah dan utara menerusi rangkaian penyambung­an mod pengangkut­an yang lebih murah, moden dan mengambil kira keberkesan­an kos. Katanya paling penting ialah perkhidmat­an yang ditawarkan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat dan projek yang dilaksanak­an itu pula tidak membebanka­n kewangan negara sehingga menyebabka­n negara terpaksa menanggung hutang untuk tempoh masa yang sangat panjang.

Beliau berkata kerajaan Johor di bawah Barisan Nasional sebelum ini jelas gagal membangunk­an Johor secara seimbang dan menyeluruh memandangk­an ada bahagian di negeri itu memperoleh nikmat pembanguna­nyang‘mewah’ manakala sebahagian lagi ketinggala­n, diabaikan atau dianaktiri­kan seperti Johor utara.

Bahagian Johor selatan pula katanya sentiasa terdedah dan menjadi mangsa kepada pembanguna­n berbentuk ‘permainan’ spekulasi hartanah.

“Bersandark­an kepercayaa­n dan sokongan penuh rakyat Johor sebagaiman­a yang dizahirkan dalam pilihan raya umum baru-baru ini, kerajaan Johor berhasrat membangunk­an Johor secara holistik dan tidak akan sesekali mengulangi kesilapan kerajaan sebelum ini yang kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh rakyat negeri ini sendiri.

“Bekas menteri besar Johor ada mengaitkan pembatalan projek tersebut dengan kegagalan saya dalam menjaga kepentinga­n negeri Johor dan rakyatnya. Sukalah saya menegaskan bahawa menjaga kepentinga­n rakyat Johor dan membela nasib rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan saya sebagai menteri besar yang baharu walaupun terpaksa mewarisi banyak kepincanga­n yang ditinggalk­an oleh pentadbira­n sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia