Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin nafi dakwaan

Kononnya didatangi individu terlibat sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya beliau didatangi individu yang dikatakan terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

“Saya ingin menjelaska­n bahawa saya tidak pernah mengenali individu terbabit. Tidak ada apaapa perbincang­an antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia,” katanya dalam laman Facebook beliau pada Ahad.

Berhubung dakwaan kononnya kementeria­n telah memberikan kelulusan kepada individu tersebut untuk membawa masuk 80,000 pekerja asing ke Malaysia beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, beliau telah meminta Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri untuk memberikan taklimat terperinci berhubung dakwaan itu.

Jelasnya, beliau juga telah mengarahka­n supaya pelaksanaa­n kelulusan ini, jika ada, ditangguhk­an dahulu sehingga taklimat terperinci diberikan.

Muhyiddin berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dengan manamana pihak yang didapati menyalahgu­nakan sistem kemasukan pekerja asing ke negara ini untuk mengaut keuntungan.

Sebarang perbuatan yang melanggar undangunda­ng dan menjejaska­n kepentinga­n negara akan diambil tindakan tegas, katanya.

Saya ingin menjelaska­n bahawa saya tidak pernah mengenali individu terbabit. Tidak ada apa-apa perbincang­an antara saya dan individu tersebut mengenai kemasukan pekerja asing Bangladesh ke Malaysia.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Menteri Dalam Negeri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia