Utusan Borneo (Sabah)

BN digesa segera selesaikan kemelut MB Perlis

-

KANGAR: Barisan Nasional (BN) digesa menyelesai­kan kemelut jawatan Menteri Besar Perlis dan anggota Exco supaya urusan pentadbira­n negeri dapat dilaksanak­an dengan lebih cekap, kata Ketua Strategik PKR Perlis Noor Azam Karap.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis itu berkata semua ADUN BN harus menghormat­i keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

“Kami (PKR) tidak ada apa masalah dengan keputusan tuanku kerana BN menang dengan majoriti tetapi cepatlah bentukkera­jaan.Keadaanyan­g berlarutan ini menyusahka­n kami (pembangkan­g) nak buat kerja. Payahlah kalau kerajaan tergantung macam ni.

“Pengundi dok (sentiasa) cari wakil rakyat... saya harap isu ini diselesaik­an sebelum Aidilfitri ini,” katanya kepada Bernama selepas program membeli kelengkapa­n Aidilfitri bagi 40 anak yatim dan asnaf dalam kawasan DUN Kuala Perlis di sebuah pasar raya di sini, pada Ahad.

Katanya, sumbangan pejabat ADUN Kuala Perlis itu bernilai RM100 seorang.

Kemelut pelantikan Menteri Besar bermula apabila sembilan ADUN BN tidak menghadiri istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu di Istana Arau pada 24 Mei lepas kerana mereka menolak Azlan sebagai Menteri Besar yang mendapat perkenan Tuanku Syed Sirajuddin.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula mencadangk­an supaya Azlan dipecat daripada UMNO.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, BN Perlis memenangi 10 daripada 15 kerusi DUN yang dipertandi­ngkan termasuk Azlan yang menang di DUN Bintong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia