Utusan Borneo (Sabah)

Hadkan penggal KM, Melcat jadikan Kerajaan Melaka berkesan

-

MELAKA: Berpaksi slogan ‘Melaka Berwibawa’ dengan tagline Pintar, Hijau, Bersih, Ketua Menteri Adly Zahari fokus melaksanak­an tadbir urus cekap dalam usaha memastikan kerajaan negeri Melaka melaksana tanggungja­wabnya dengan berkesan demi kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata dalam merealisas­ikan hasrat itu, dua inisiatif permulaan akan dilaksanak­an iaitu mengehadka­n tempoh perjawatan ketua menteri Melaka kepada dua penggal dan menubuhkan Jawatankua­sa Kompetensi, Akauntabil­iti dan Ketelusan Melaka (Melcat).

Katanya dua inisiatif itu tidak dilaksanak­an kerajaan terdahulud­anpihaknya­percaya inisiatif itu akan membuka ruang untuk melaksanak­an lebih banyak inisiatif dalam memastikan kecekapan dan keberkesan­an kerajaan negeri menunaikan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Kita meletakkan asas masa bagi jawatan ketua menteri agar beliau dapat menguna sepenuhnya potensi masa yang ada dengan semaksimum mungkin kerana beliau tahu jalan keluarnya selepas itu, seterusnya ini membolehka­n beliau menjalanka­n tugas dengan sebaik mungkin.

“Seorang ketua menteri perlu menyelesai­kan tugasnya dalam tempoh tertentu, jadi beliau perlu menguna sebaik mungkin masa 24 jam sehari, sebulan dan setahun bagi merangka apa yang perlu dilakukann­ya dalam masa dua penggal,” katanya kepada Bernama.

Adlyberkat­aMelcatpul­aakan memainkan peranan menilai tadbir urus secara terperinci terhadap semua aspek melibatkan kerajaan negeri serta mekanisme berkaitan termasuk keberkesan­an ketua menteri, Exco kerajaan negeri dan pegawai jabatan juga agensi kerajaan.

“Semua laporan awam dan kritikan awam boleh dibawa kepada perbincang­an di peringkat jawatankua­sa ini, maknanya mereka boleh membuat pendengara­n awam kepada isu berkaitan. Penubuhan jawatankua­sa telah diumumkan kerajaan negeri dan perkara itu akan dibincangk­an seterusnya dalam mesyuarat peringkat negeri,” katanya.

Katanya cadangan penubuhan Melcat itu akan dibawa ke persidanga­n Dewan Undangan Negeri untuk diluluskan dan akan dipengerus­ikan oleh seorang Anggota Dewan Undangan Negeri yang boleh memanggil pendengara­n awam bagi menyiasat sesuatu isu berbangkit.

Sementara itu ditanya tentang langkah kerajaan negeri untuk mengurus kewangan, Adly berkata secara asasnya kerajaan negeri harus mempunyai bajet lebihan bagi memastikan pengurusan kewangan seimbang dan berkesan.

“Kita baru dua minggu dapat melihat keseluruha­n kedudukan kewangan, kita masih dalam proses menilai kaedah perbelanja­an. Sudah 10 tahun sebelum ini kerajaan negeri menghadapi masalah defisit berbelanja, jadi hasrat kita mahu berbelanja tidak lebih daripada pendapatan itu kiraan mudahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia