Utusan Borneo (Sabah)

Cahill terajui The Socceroos, beraksi pada Piala Dunia ke-4

-

SYDNEY, Australia: Tim Cahill dijangka akan beraksi di Piala Dunia buat kali keempat pada usia 38 tahun bulan ini selepas disenaraik­an ke dalam skuad akhir 23 pemain oleh jurulatih Bert van Marwijk Ahad lepas.

Penyerang berpengala­man itu disenaraik­an bersamasam­a pemain tengah berusia 32 tahun, Mark Miligan, yang juga akan membuat penampilan keempat di Piala Dunia walaupun beliau tidak langsung diturunkan semasa Piala Dunia 2006 di Jerman.

Pemain pertahanan kelahiran Croatia, Fran Karacic, senarai mengejut dimasukkan Van Marwijk dalam skuad awal, pemain tengah yang bermain dalam Liga Australia, Josh Brillante dan James Troisi dan penyerang Nikita Rukavytsya, adalah pemain yang digugurkan.

Ada tempat untuk Tomi Juric walaupun bergelut dengan kecederaan lutut dan juga pemain yang dipang- gil sebagai pengganti lewat, Jamie Maclaren.

“Setiap proses pemilihan adalah sukar kerana pemain telah memberikan segalagala­nya untuk berada dalam skuad akhir,” kata Van Marwijk dari kem latihan pasukan di Turki.

“Saya percaya kumpulan pemain ini boleh membanggak­an Australia pada kejohanan bola sepak terbesar dunia jika kami terus bekerja secara berkumpula­n dan dengan intensif dalam tempoh persediaan akhir dua minggu akan datang ini.”

Australia mempunyai perlawanan persediaan terakhir mereka dengan menentang Hungary di Budapest hujung minggu ini sebelum berlepas ke Rusia, di mana mereka akan memulakan aksi Kumpulan C dengan menentang Perancis pada 16 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia