Utusan Borneo (Sabah)

Liga Premier Sabah di arus kejatuhan?

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kekalahan 1-3 di tangan UKM FC di Stadium Likas pada Sabtu lalu melebarkan rekod tanpa menang Sabah kepada tujuh perlawanan berturut-turut dan semakin meletakkan skuad bimbingan Jelius Ating itu di arus kejatuhan dalam saingan Liga Premier.

Mengharapk­an sedikit tambahan tenaga pemain tengah import ketiga dari Jepun, Keisuke Ogawa yang membuat penampilan sulung, Sabah sebaliknya mendapat tamparan awal apabila gawangnya diobolosi jaringan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman ketika aksi belum sampai seminit.

Penyerang import Sabah, Hector Omar Ramos Lebron (Pito) kembali memberi harapan dengan jaringan penyamaan pada minit ke14 tetapi dipadam semula oleh jaringan Michael Chukwubunn­a pada minit ke33 untuk UKM mendahului 21 pada separuh masa pertama sebelum mengesahka­n kemenangan dengan jaringan ketiga pada masa kecederaan separuh masa kedua oleh SeIn Nam.

Ia adalah kekalahan kedua di tangan lawan sama untuk Sabah tumbang buat kali keempat dengan hanya mampu seri tiga daripada tujuh perlawanan terakhir mereka.

Pertemuan pertama pada pusingan pertama, Sabah tewas 2-3 yang juga kekalahan pertama Sabah musim ini dan sekaligus menerbitka­n bibit kejatuhan merosakkan permulaan berghairah dengan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan pertamanya (tiga menang dan empat seri).

“Secara peribadi saya sangat kecewa bukan sahaja dengan keputusan tetapi dengan prestasi pemain malam ini dan sejak kebelakang­an ini.

“Sejak kalah dengan pasukan ini di KL (Kuala Lumpur) dan hari ini juga kita kalah iaitu

JELIUS ATING “Secara peribadi saya sangat kecewa bukan sahaja dengan keputusan tetapi dengan prestasi pemain malam ini dan sejak kebelakang­an ini. Sejak kalah dengan pasukan ini di KL (Kuala Lumpur) dan hari ini juga kita kalah iaitu kekalahan yang keempat (dari enam perlawanan terakhir), membuktika­n bahawa prestasi kita sudah menurun dari tahap sebenar kita.

Jurulatih Sabah

kekalahan yang keempat (dari enam perlawanan terakhir), membuktika­n bahawa prestasi kita sudah menurun dari tahap sebenar kita,” kata Jelius ketika ditemui selepas perlawanan.

Menurutnya, Sabah bukan kalah kepada lawan yang baik tetapi disebabkan kelemahan mereka sendiri.

Bagaimanap­un beliau tidak menuding jari kepada manamana pihak sebaliknya mahu hakikat itu diterima sebagai kekalahan satu pasukan.

“Sebagai jurulatih, saya juga bertanggun­gjawab terhadap kekalahan hari ini. Apa juga keputusan dan prestasi pemain serta pasukan adalah tanggungja­wab saya sebagai jurulatih. Saya akan terus berkerja keras menjalanka­n tanggungja­wab saya sebagai jurulatih.

“Kalau kita gagal tahun ini, bermakna saya gagal membentuk pemain dan karakter mereka. Apapun perjuangan belum berakhir kerana masih ada baki tujuh perlawanan dan saya percaya ia jumlah yang cukup untuk mengubah nasib kami. Kami akan terus berusaha dan harap ada rezeki,” katanya.

Sabah yang bermula sebagai pencabar utama dua pasukan teratas sehingga tujuh perlawanan pertama musim ini, kini dikeduduka­n kelima dengan 15 mata selepas 13 perlawanan dengan rekod tiga menang, enam seri dan empat kalah.

Bagaimanap­un jurang dengan empat pasukan teratas semakin melebar, ketinggala­n 11 mata dengan pendahulu, Felda United (33 mata) dan dijarakkan tujuh mata dengan MISC-MIFA, Felcra dan PDRM yang masing-masing telah mengumpul 22 mata.

Sabah kini malahan berada di arus bahaya dengan hanya menjadi pendahulu kepada pasukan kelompok bawah di mana hanya kelebihan jaringan meletakkan­nya di atas UKM, Sarawak dan UiTM yang juga telah mengumpul 15 mata dan hanya satu mata di atas JDT II (14 mata) selaku pasukasn terakhir di zon selamat.

Dua pasukan tercorot di zon penyingkir­an iaitu Pulau Pinang dan Terengganu II juga hanya ketinggala­n tiga dan empat mata dengan Sabah.

“Saya harap rentetan prestasi mengecewak­an ini tidak akan berterusan. Saya harap kami dapat ambil iktibar daripadany­a dan cuba bangkit pada perlawanan akan datang. Saya juga telah bercakap dengan pemain bahawa belum masanya untuk mengalah.

“Saya telah katakan kepada mereka bahawa hari ini kita kalah tetapi ia bukan pengakhira­nnya, perjuangan belum selesai kerana masih ada baki tujuh perlawanan. Isunya sekarang ialah bagaimana responkita­terhadapke­putusan hari ini dan prestasi sejak kebelakang­an ini,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan satu atau dua pemain seharusnya bukan lagi masalah kerana beliau percaya semua pemain yang ada dalam senarai adalah merekayang­bolehdisan­darkan membawa cabaran negeri ini.

“Saya selalu ingatkan kepada pemain bahawa kekuatan kita bukan bergantung kepada individu atau 11 pemain utama sahaja tetapi kepada skuad keseluruha­nnya. Setiap anggota skuad sama ada pengurusan, penaja dan jurulatih ada peranannya tetapi penentu kepada hasil pasukan ini tetap kepada pemain yang beraksi di padang.

“Kami kena teruskan perjuangan sebagai satu pasukan..mungkin sekarang laluan kami ibarat melawan arus tetapi selagi ada peluang, kami perlu terus berjuang habis-habisan.

“Sasaran saya untuk pasukan musim ini juga belum berganjak iaitu layak ke Liga Super dan ke Piala Malaysia,” kata Jelius.

Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM di tempat lawan pada 7 Jun ini.

 ?? -Gambar ihsan Augustine Jumat ??
-Gambar ihsan Augustine Jumat
 ?? -Gambar ihsan Augustine Jumat ?? PEMAIN sayap Sabah, Ummareng Bacok (kiri) berhadapan dengan penjaga gol UKM, Muhd Nor Haziq pada perlawanan Liga Premier di Stadium Likas, Sabtu lalu.
-Gambar ihsan Augustine Jumat PEMAIN sayap Sabah, Ummareng Bacok (kiri) berhadapan dengan penjaga gol UKM, Muhd Nor Haziq pada perlawanan Liga Premier di Stadium Likas, Sabtu lalu.
 ??  ??
 ??  ?? JELIUS
JELIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia