Utusan Borneo (Sabah)

Neuer gagal halang Austria sentak Jerman 2-1 di Stadium Worthersee

-

KLAGENFURT, Austria: Manuel Neuer dijangka akan ke Piala Dunia tetapi penjaga gol antarabang­sa Jerman itu gagal menghalang pasukannya tewas 1-2 kepada Austria pada perlawanan kepulangan beliau Sabtu lepas.

Neuer membuktika­n kecergasan­nya selepas lapan bulan tidak beraksi kerana kecederaan, di mana empat pemain akan digugurkan dari skuad apabila senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia 2018 di Rusia akan diumumkan pada hari ini.

Tetapi penjaga gol kelab BayernMuni­chitugagal­menghalang rembatan Martin Hinteregge­r dan Alessandro Schoepf dalam separuh masa kedua selepas Mesut Ozil membuka jaringan buat Jerman pada awal permainan.

Keputusan itu satu kebimbanga­n besar buat jurulatih Jerman, Joachim Loew dengan sepak mula Piala Dunia bermula kurang dari dua minggu lagi.

Juara dunia itu tanpa kemenangan dari lima perlawanan persediaan terakhir sejak dua kekalahan berturut-turut sejak tewas 0-1 kepada Brazil di Berlin pada bulan Mac lalu.

“Ia kepulangan yang baik buat Manuel selepas sekian lama berehat kerana kecederaan,” kata Loew ketika memberitah­u penyiaran ZDF.

“Kekalahan menyakitka­n, kami beraksi dengan baik dalam separuh masa pertama tetapi kami kehilangan banyak bola dalam separuh masa kedua dan menyukarka­n diri kami sendiri selepas itu.

“Banyak yang tidak betul berlaku hari ini (Sabtu).”

Ini adalah kemenangan pertama Austria ke atas negara jirannya sejak hampir 32 tahun – pada Oktober 1986 apabila Rudi Voeller menjaringk­an gol tunggal Jerman Barat ketika tewas 1-4 di Vienna.

 ?? — Gambar AFP ?? REAKSI Salah (tengah) ketika dikeluarka­n pada perlawanan final Liga JuaraJuara menentang Real Madrid di Kiev, Ukraine pada 26 Mei lepas.
— Gambar AFP REAKSI Salah (tengah) ketika dikeluarka­n pada perlawanan final Liga JuaraJuara menentang Real Madrid di Kiev, Ukraine pada 26 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia