Utusan Borneo (Sabah)

Rejim Israel terus mengebom Gaza, sengketa terburuk sejak 2014

Pertelingk­ahan terburuk sejak 2014 susulan kematian gadis sukarelawa­n

-

KOTA GAZA: Jet pejuang rejim Israel membedil lebih 12 sasaran di Gaza, menurut rejim semalam, selepas serangan projektil Palestin menamatkan gencatan senjata yang dicapai hanya beberapa hari lalu selepas pertelingk­ahan terburuk sejak perang 2014.

Pertelingk­ahan terbaharu berlaku beberapa jam selepas ribuan penduduk Palestin menghadiri pengebumia­n seorang gadis sukarelawa­n perubatan yang menjadi korban serangan Israel dalam keganasan di sempadan selatan Gaza.

Dalam siri pertama serangan udara, jet pejuang Israel menyasari 10 tapak dalam tiga pekarangan tentera milik Hamas di Semenanjun­g Gaza, menurut rejim dalam satu kenyataan awal semalam.

“Antara sasaran adalah dua tapak penyimpang­an dan pembuatan peluru Hamas serta sebuah pekarangan ketenteraa­n,” kata tentera.

Serangan itu didakwa tindak balas terhadap serangan roket yang dilepaskan ke arah Israel, selain ‘pelbagai aktiviti keganasan yang diluluskan dan didalangi organisasi pengganas Hamas pada hujung minggu ini’, tambah rejim.

Rejim menyenarai­kan siri cubaan serangan ke atas askar di pagar sempadan, selain kerosakan infrastruk­tur keselamata­n dan memulakan kebakaran dalam wilayah Israel dengan menggunaka­n belon dan layang-layang berapi.

“Beberapa jam kemudian pesawat menembak lima sasaran pengganas di sebuah pekarangan tentera milik tentera laut organisasi pengganas Hamas di utara Semenanjun­g Gaza,” menurut kenyataan berasingan rejim.

Tiada laporan segera diterima mengenai kematian di Gaza.

Pada petang kelmarin, puak pejuang dalam wilayah Palestin melepaskan dua projektil ke selatan Israel, di mana penggera serangan udara memaksa penduduk pergi ke pusat perlindung­an bom.

Sistem pertahanan udara ‘Iron Dome’ memintas salah satu projektil tersebut, manakala satu lagi dipercayai tidak sampai ke sasarannya dan jatuh di dalam Gaza, menurut tentera.

Pada awal semalam, empat lagi projektil dilancarka­n secara berasingan ke Israel.

Tiga berjaya dipintas, kata tentera, manakala projektil keempat dipercayai terjatuh di sebuah kawasan lapang.

Belum ada kumpulan di Gaza yang mengaku bertanggun­gjawab atas serangan projektil itu, yang dilancarka­n sejurus selepas pengebumia­n kelmarin Razan al-Najjar, 21, sukarelawa­n kementeria­n kesihatan Gaza, yang maut selepas terkena tembakan pada bahagian dada dekat Khan Yunis pada Jumaat lepas.

Ambulans dan kru perubatan menghadiri pengebumia­nnya, dan bapa Najjar membawa jaket paramedik putih berlumuran darah yang dipakai Nijjar ketika ditembak penembak tepat, dan hadirin menuntut pembalasan.

Sejak 30 Mac lalu, penduduk Gaza melancarka­n tunjuk perasaan di sempadan untuk menuntut kepulangan penduduk Palestin ke tanah yang ditinggalk­an atau tempat asal mereka sebelum diusir sewaktu perang 1948 yang membawa kepada penjajahan negara itu oleh rejim Israel sehingga kini.

Demonstras­i diiringi pertelingk­ahan kecil-kecilan apabila belia melontar askar Israel dengan batu dan cuba menaiki pagar sempadan, kadang-kadang meletakkan alat letupan di atas pagar atau melontar bom tangan.

Penduduk Palestin dalam wilayah pantai yang disekat itu turut menggunaka­n layang-layang yang membawa tin terbakar untuk membakar padang di Israel, dan berjaya membakar kawasan tanah pertanian yang luas dekat Gaza.

Selepas pengebumia­n, beberapa penduduk Gaza cedera dalam pertelingk­ahan ke timur Khan Yunis, kata jurucakap kementeria­n kesihatan Ashraf al-Qudra.

Rejim Israel menuduh ‘sel pengganas’ telah menyelinap masuk dari selatan Gaza dan askar menembak penduduk Palestin yang kembali ke wilayah Gaza.

Pelancaran bom pada hujung minggu ini merupakan yang pertama sejak Israel menyerang puluhan tapak Hamas di Gaza pada awal minggu ini untuk membalas siri serangan roket dan misil yang dilepaskan dari Gaza.

Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Timur Tengah Nickolay Mladenov merujuk kepada kematian Najjar dan berkata dalam tweet kelmarin bahawa ‘Pekerja perubatan #BukanSasar­an!’ dan “Israel perlu mengukur cara ia menggunaka­n kekerasan dan Hamas perlu mencegah insiden di pagar.”

Persatuan Bantuan Perubatan Palestin (PMRC) berkata, Najjar ditembak ketika cuba memberi bantuan kecemasan kepada seorang penunjuk perasaan yang cedera, dan tiga pembantu lain turut cedera selepas terkena peluru hidup Jumaat lepas.

“Menembak kakitangan perubatan adalah jenayah perang di bawah Konvensyen Geneva,” PMRC menyebut dalam satu kenyataan, dan menuntut respons antarabang­sa segera terhadap pencabulan undang-undang kemanusiaa­n oleh Israel di Gaza.

Kematian Najjar menjadikan bilangan penduduk Gaza yang maut akibat serangan Israel sejak hujung Mac lalu seramai 123 orang.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? ASAP berkepul dari Beit Lahia, lokasi bedilan jet pejuang rejim Israel yang terus menyasari Kota Gaza, di utara Semenanjun­g Gaza awal pagi semalam.
— Gambar AFP ASAP berkepul dari Beit Lahia, lokasi bedilan jet pejuang rejim Israel yang terus menyasari Kota Gaza, di utara Semenanjun­g Gaza awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia