Utusan Borneo (Sabah)

Kes tembak rakan, bunuh diri di Sitiawan selesai

-

MANJUNG: Polis telah menyelesai­kan kes seorang lelaki warga emas menembak mati seorang rakannya sebelum bertindak membunuh diri di Sitiawan, Jumaat lalu.

KetuaPolis­DaerahManj­ung ACP Muhammad Hanif Othman berkata kesemua saksi dan waris suspek serta mangsa telah tampil memberi keterangan kepada polis pada Sabtu.

“Waris dan saksi hadir ke Ibu Pejabat Daerah Manjung petang semalam untuk dirakamkan percakapan dan berdasarka­n keterangan itu kes ini dianggap selesai,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Muhammad Hanif berkata mayat kedua-duanya juga telah dituntut oleh waris masing-masing selepas urusan bedah siasat selesai pada Sabtu.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan luka tembakan pada paha dan lengan kiri manakala suspek meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala,” katanya.

Dalam kejadian kirakira 10.50 malam itu, Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner di tepi bangunan kedai di Simpang Dua, kira-kira enam kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66.

Ling pula disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Seri Manjung.

Polis tidak menolak kemungkina­n kejadian berpunca daripada perselisih­an faham antara kedua-duanya yang sebelum itu dilihat minum bersama di sebuah restoran, selain suspek dipercayai tidak tahan dengan desakan mangsa agar membayar hutang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia