Utusan Borneo (Sabah)

Pensyarah rugi RM260,000, terpedaya sindiket penipuan

Terpedaya sindiket penipuan wang

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Akibat terpedaya dengan sindiket penipuan wang dipercayai ‘Macau Scam’, seorang pensyarah wanita mengalami kerugian sebanyak RM260,000.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mangsa yang berumur 48 tahun itu adalah pensyarah di salah sebuah universiti awam di sini.

Menurutnya, pada 21 Mei lepas, mangsa menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan kad kredit mangsa digunakan di Lapangan Terbang Senai Johor.

Katanya, berikutan SMS itu, mangsa kemudianny­a membuat panggilan telefon sebelum diarah memindahka­n wangkeempa­tjenisakau­nbank dipercayai milik suspek.

“Proses pemindahan wang berjumlah RM260,000 itu melibatkan sembilan transaksi dalam tempoh lapan hari berturut-turut bermula 21 hingga 28 Mei 2018.

“Alasan yang digunakan suspek, transaksi berkenaan untuk proses membekukan akaun bank mangsa,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa mula menyedari berlaku penipuan selepas suspek tidak dapat dihubungi.

Pihaknya menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan tipu helah sindiket Macau Scam.

“Sindiket ini memperdaya­kan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank, pegawai mahkamah dan juga pegawai polis.

“Nombor telefon yang digunakan memang dari agensi berkaitan dan ini dipanggil sebagai ‘spoofing’.

“Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatk­an supaya mengabaika­n SMS yang diterima dan berhati-hati apabila menerima panggilan daripada pihak yang mengaku wakil dari mana-mana agensi,” jelasnya.

Chandra berkata, sekiranya berlaku kejadian seumpama itu, orang ramai perlu membuat laporan polis atau memanjangk­an sebarang maklumat berkaitan di talian hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088-221191 dan 318843 (24 jam).

“Sindiket ini memperdaya­kan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank, pegawai mahkamah dan juga pegawai polis. Nombor telefon yang digunakan memang dari agensi berkaitan dan ini dipanggil sebagai ‘spoofing’. Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatk­an supaya mengabaika­n SMS yang diterima dan berhatihat­i apabila menerima panggilan daripada pihak yang mengaku wakil dari mana-mana ” agensi. ASISTEN KOMISIONER M.CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia