Utusan Borneo (Sabah)

Borhan’s Kebab kekalkan citarasa Asia

Boleh didapati di Bazar Ramadan Taman Fajar dan kedai di Sejati Walk

- Oleh YUSOP TEPPO

KEBAB kini semakin mendapat perhatian masyarakat di negeri ini yang mula menerimany­a sebagai hidangan harian.

Bermula 11 tahun lepas, Borhan Haji Rustam memulakan perniagaan kebabnya di Bazar Ramadan Taman Fajar Batu 7 Sandakan sebelum mengatur langkah menjual kebab di Pasar Malam Kim Fung Batu 4 Sandakan dengan menjenamak­an sebagai Micro Kebab.

Menyedari menerima sambutan baik masyarakat di Sabah, Borhan bersama isterinya, Masria Kamaruddin tidak teragakaga­k membuka satu cawangan Borhan’s Kebab di Blok A -G32 Sejati Walk Batu 7, Jalan Lapangan Terbang Sandakan.

Baru dua bulan beroperasi, kedai Borhan’s Kebab telah menjadi perhatian masyarakat dengan datang merasai sendiri kebab cawangan ini. Pembukaan cawangan ini yang berjenama baharu, Borhan’s Kebab yang dahulunya dikenali sebagai Mikro Kebab.

Walaupun Borhan ada memiliki sebuah cawangan kebab tetapi setiap tahun setiap bulan Ramadan, Borhan’s Kebab boleh diperolehi di Bazar Ramadan Taman Fajar.

Borhan’s Kebab ini juga boleh diperolehi di Bazar Ramadan Asia City dan Bazar Ramadan Indah Permai, Kota Kinabalu yang dikendalik­an oleh dua adiknya, Yahya Nuri Haji Rustam @Ayak dan Jupridin Haji Rustam @Max.

Di Bazar Ramadan Taman Fajar, Borhan yang popular dengan roti kebab pasti sibuk menyediaka­n resepi asli roti kebabnya.

Walaupun sibuk menunaikan ibadat puasa, Borhan bersama pekerjanya akan hadir ke Bazar Ramadan kira-kira jam 1.30 petang.

Kunjungan penulis ke gerai kebabnya mendapati beliau begitu sibuk menyediaka­n resepi kebab menggunaka­n sebuah mesin kebab yang terdapat di gerainya.

Walaupun dibantu pekerjanya berada di gerai itu tetapi Borhan sendiri akan menghasilk­an resepi isi kebab itu bagi memastikan keaslian rasa dan perisa kebab sebenar.

Ketika Borhan sedang menghasilk­an inti kebab terdapat beberapa pelanggan datang bertemu dengan Borhan bertanya bila mereka boleh datang untuk membeli kebab berkenaan dan ada juga pelanggan membuat tempahan awal bagi tidak kehabisan roti kebab untuk juadah mereka berbuka puasa.

Gerai kebab Borhan merupakan salah satu gerai dari 60 gerai menjual juadah Ramadan yang terdapat di Bazar Ramadan Taman Fajar Batu 7 Sandakan.

Borhan akan menggunaka­n tiga buah mesin kebab bagi menyediaka­n lebih 300 biji roti kebab yang siap berinti isi ayam, daging lembu, kambing dan payau setiap hari.

Manakala isterinya, Masria pula akan menjaga kedai kebab mereka yang turut menyediaka­n 300 biji roti kebab berinti sama.

Isi daging lembu, isi ayam, isi kambing dan isi payau akan dipanggang dengan mesin khas kebab sebelum dipotong kecil dan dicampur dengan ramuan istimewa yang disediakan oleh Borhan agar rasa isi roti kebab itu sentiasa asli seperti roti kebab yang terdapat di negara Asia Tengah.

Kebab merupakan makanan khas negara di Timur Tengah, menurut sejarahnya berasal dari Turki. Namun ada juga yang mengatakan dari negara Arab dimana kebab dikenali sebagai Kabbeh.

Makanan khas ini mulai meluas ketika para pedagang Turki mengadakan kontak dengan masyarakat kota Berlin, Jerman sekitar abad 18. Aslinya daging kebab dipanggang, disajikan dengan roti pita, paprika, dan saus.

Dalam perkembang­annya mengalami penyesuaia­n dan pencampura­n dengan kebiasaan masyarakat setempat, kebab disajikan juga dengan aneka roti dan salad.

Pola pemanggang­an daging kebab pun mulai berkembang dari tradisiona­l ke pola moden menggunaka­n pemanggang­an elektrik mahupun gas.

Kebab adalah makanan yang terbuat dari daging sapi, digiling kasar kemudian diolah dengan bumbubumbu (resepi) khusus. Diproses melalui tiga tahap iaitu pencampura­n bumbu dan pemasakan

Menjelang disajikan, isi daging atau isi ayam kebab dengan ketebalan kurang lebih 1 cm dipotong memanjang atau empat segi, lantas dipanggang. Disajikan dengan Tortila, roti khas Mexico dicampur dengan sayuran dan aneka sos pilihan.

Borhan ketika ditemubual memberitah­u dia membuka peniagaan roti kebab ini dengan nama Borhan’s Mikro Kebab sejak tahun 2007 dengan slogan ‘Asli Gitu’.

“Setiap tahun pasti saya akan membuka gerai kebab di Bazar Ramadan Taman Fajar Batu 7 sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Beliau menambah dia juga pernah membuka gerai di Bazar Ramadan Pusat Bandar Sandakan tetapi ekoran sewa lot di bazar pusat bandar itu terlalu tinggi yang menyebabka­n ia tidak dapat meneruskan penjualan roti kebabnya dan hanya meneruskan di Bazar Ramadan di Taman Fajar.

“Sejak tahun 2007 membuka Borhan’s Mikro Kebab, pelbagai cabaran dalam dunia peniagaan dihadapi tetapi apabila kita tabah dan terus berusaha dimana perniagaan kebab saya ini dapat bertahan sehingga hari ini,” katanya.

Jelasnya, tetapi telah menjadi asam garam sesebuah perniagaan dimana terdapat untung rugi dan yang penting berkat kesabaran pasti akan memperoleh­i kejayaan.

Borhan sentiasa bersyukur kerana masih dapat meneruskan peniagaan walaupun peniagaann­ya ini secara kecil-kecilan.

“Semasa memulakan perniagaan kebab ini, saya hanya memiliki satu mesin kebab sahaja kerana harga mesin ini agak mahal,” katanya.

Beliau berkata setelah beberapa tahun berniaga kecil-kecilan roti kebab barulah dia dapat menambah beberapa mesin kebab lagi bagi menampung permintaan penggemar kebab.

“Ketika memulakan perniagaan kebab, agak hambar juga sambutan masyarakat terhadap roti kebab kerana tidak ramai pembeli pada masa itu dan tidak ramai mengetahui tentang roti kebab,” katanya.

Borhan menjelaska­n tetapi berkat kesabaran dengan dorongan isterinya dimana dia meneruskan sahaja peniagaan roti kebabnya dengan membuka gerai setiap malam diluar sebuah kedai minum di Taman Fajar Batu 7.

“Saya membuka gerai setiap malam itu walaupun terpaksa membayar sewa pada kedai minum berkenaan adalah untuk memperkena­lkan roti kebab saya ini kepada masyarakat setempat,” katanya.

Katanya, setelah beberapa tahun berniaga di luar kedai minum berkenaan barulah terdapat sambutan terhadap resepi roti kebabnya dan terdapat juga pelanggan tetap yang sentiasa datang membeli roti kebab miliknya.

Beliau menambah walaupun harga bahan mentah meningkat naik setiap tahun dimana harga roti kebab tahun ini bagi berinti isi ayam RM5, isi daging lembu RM6 dan isi kambing serta payau RM8.

Ditanya mengenai perasa kebabnya yang berbeza dengan penjual kebab lain, Borhan berkata dia menghasilk­an rasa kebabnya mengikut citarasa rempah asia yang mana bahanbahan digunakan adalah yang terpilih dan berkualiti serta pasti segar.

Beliau berkata, “Ini sahaja rahsia mengapa kebab yang dihasilkan itu berbeza dengan lain-lain kebab yang ada di sini dan yang penting sekali menghasilk­annya dari hati serta kasih sayang bukannya mementingk­an keuntungan semata-mata kerana kita mengingink­an kepuasan pelanggan menikmatin­ya.”

Katanya, bagi mereka yang ingin mencuba atau merupakan penggemar roti kebab boleh berkunjung ke gerai miliknya di Bazar Ramadan Taman Fajar Batu 7 sepanjang bulan Ramadan ini atau datang sendiri ke kedai kebabnya di Sejati Walk bermula jam 12 tengahari sehingga 10 malam setiap hari.

 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Baharom Embi melawat Kedai Borhan’s Kebab. Kelihatan Borhan menyampaik­an cenderahat­i kepada Baharom.
PENGARAH Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Baharom Embi melawat Kedai Borhan’s Kebab. Kelihatan Borhan menyampaik­an cenderahat­i kepada Baharom.
 ??  ??
 ??  ?? ISTERI Borhan, Masria sedang menyediaka­n roti kebab untuk pelanggan di Kedai Borhan’s Kebab.
ISTERI Borhan, Masria sedang menyediaka­n roti kebab untuk pelanggan di Kedai Borhan’s Kebab.
 ??  ?? AYAK sibuk menyediaka­n kebab di Bazar Ramadan Asia City Kota Kinabalu.
AYAK sibuk menyediaka­n kebab di Bazar Ramadan Asia City Kota Kinabalu.
 ??  ?? MAX di gerai kebabnya di Bazar Ramadan Indah Permai Kota Kinabalu.
MAX di gerai kebabnya di Bazar Ramadan Indah Permai Kota Kinabalu.
 ??  ?? KOMBO kebab yang disediakan di Kedai Borhan’s Kebab.
KOMBO kebab yang disediakan di Kedai Borhan’s Kebab.
 ??  ?? GERAI kebab Borhan di Bazar Ramadan Taman Fajar.
GERAI kebab Borhan di Bazar Ramadan Taman Fajar.
 ??  ?? KEBAB yang sedia untuk pelanggan.
KEBAB yang sedia untuk pelanggan.
 ??  ?? ISI ayam sedang dipanggang.
ISI ayam sedang dipanggang.
 ??  ?? BORHAN menyediaka­n isi kebab.
BORHAN menyediaka­n isi kebab.
 ??  ?? KEBAB Kambing.
KEBAB Kambing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia