Utusan Borneo (Sabah)

Promenade tampilkan Chef Ismail

-

HOTEL Promenade Kota Kinabalu menampilka­n Chef Selebriti Malaysia Datuk Chef Ismail Ahmad bagi mempersemb­ahkan 17 hidangan eksklusifn­ya termasuk menu baharunya iaitu Nasi Ulam Chef Ismail, istimewa untuk rakyat di negeri ini.

Beliau yang terkenal dengan kepakaran menyajikan hidangan tradisiona­l melayu asli itu kelihatan gembira menemui peminat dan pengamal media yang hadir menyaksika­n demontrasi memasak beliau di dapur berapi, bertempat di Promenade Cafe pada Isnin lepas.

Selain Nasi Ulam Chef Ismail, 16 hidangan lain termasukla­h Gulai Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan, Ayam Kurma, Ayam percik Kelantan, Bubur Lambuk, Daging Bakar Air Asam Kerisik, dan Daging Masak Itam dan Kerabu Mangga Rebung, Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh, Ketupat Sotong, Laksa Asam, Lawar Jantung Pisang, Lemak Cili Padi Daging Salai, Nasi Minyak, Sambal Udang, dan Air Bandung.

Kesemua hidangan ini disajikan kepada pelanggan bergilir-gilir bersama bufet makan malam yang disediakan oleh Chef Mohd Firdaus Abdullah termasuk hidangan eksklusif beliau iaitu Kari Kepala Ikan, Oktail Asam Pedas ala Promenade, Udang Masak Petai, dan Coconut Milkshake.

Pelanggan boleh menikmati hidangan berkenaan sepanjang Ramadan ini dengan harga RM138 bagi dewasa, manakala, RM69 bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun.

pada majlis itu juga turut diadakan demontrasi cabaran memasak antara Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dengan selebriti tempatan iaitu Tian Long.

Sementara itu, Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu Hafizan Wong berkata, selain memperkena­lkan hidangan berbuka puasa, pihaknya juga merancang menawarkan hidangan bufet sempena menyambut Syawal iaitu pada hari raya pertama dan kedua nanti.

 ??  ?? DARI kiri: Ismail, Yeo dan Tian menunjukka­n nasi ulam yang mereka hasilkan pada majlis berkenaan.
DARI kiri: Ismail, Yeo dan Tian menunjukka­n nasi ulam yang mereka hasilkan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia