Utusan Borneo (Sabah)

MyFarm Outlet Putrajaya tawar harga rendah setiap Sabtu, Ahad

-

PUTRAJAYA: MyFarm Outlet Kasih Putrajaya menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih murah daripada nilai pasaran semasa pada setiap Sabtu dan Ahad sehingga para pembeli boleh menjimatka­n RM200 sebulan.

Pengerusi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Mohd Noor Al-Akbari berkata program Harapan Rakyat Malaysia itu telahpun dilaksanak­an selama enam bulan lepas secara serentak di 10 lokasi MyFarm Outlet di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata para pengguna boleh mendapatka­n bekalan keperluan harian dengan harga berpatutan kerana ia dibekalkan terus kepada penjual tanpa melalui orang tengah.

“Pada hari biasa, sekilogram ayam proses (standard) berharga RM8, tetapi di MyFarm Outlet pada hari minggu ditetapkan pada harga RM5.79 sekilogram. Antara lain, ikan kembung sekilogram dijual pada harga RM5 (berbanding RM18).

“Harga ini memang murah dan bertujuan meringanka­n bebanan kos sara hidup rakyat khususnya kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40). Para pengguna boleh menjimatka­n RM50 satu minggu,” katanya kepada pemberita di MyFarm Outlet di sini, pada Ahad.

MyFarm Outlet merupakan antara produk di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Dalam pada itu, Mohd Noor berkata pihaknya berhasrat bertemu dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub bagi mengutarak­an beberapa cadangan antaranya agro bazar, pasar tani dan MyFarm Outlet di seluruh negara menawarkan harga lebih rendah bagi setiap Sabtu dan Ahad bagi membantu kumpulan B40.

“DPMM juga mahu mencadangk­an agar fungsi FAMA diperkemas­kan bagi memastikan MyFarm Outlet mendatangk­an manfaat kepada lebih ramai rakyat”, katanya.

Sementara itu, seorang pembeli Mardziyah Hashim, 50, berkata beliau berkunjung ke MyFarm Outlet Putrajaya bagi membeli barangan keperluan harian seperti ayam ikan dan daging kerana harganya lebih murah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia