Utusan Borneo (Sabah)

Wanita dari Kg Koran Bari, Serian korban ke-10 rabies

-

KUCHING: Satu lagi kematian akibat rabies dicatatkan pada Khamis, menjadikan 10 nyawa terkorban disebabkan penyakit yang dikesan sejak pertengaha­n tahun lalu di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa terbaharu ialah seorang wanita berumur 21 tahun dari Kampung Koran Bari, Serian.

“Kes baharu ini mempunyai sejarah digigit anjing peliharaan sendiri di bahagian lengan kanan ketika cuba memandikan anjing tersebut pada 20 April 2018.

“Kesmendapa­tkanrawata­n luka dan suntikan antitetanu­s di Hospital Serian pada malam kejadian dan dinasihati untuk mendapatka­n rawatan lanjut di Klinik Gigitan Anjing, Hospital Serian pada keesokan hari,” katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat. Bagaimanap­un menurutnya, mangsa tidak pergi ke klinik bagi mendapatka­n rawatan susulan.

Anjing yang menggigit mangsa adalah seekor anjing liar yang diambil dan dipelihara bapanya, tiga minggu sebelum kejadian itu berlaku.

Anjing tersebut juga didapati tidak pernah menerima sebarang vaksinasi antirabies.

Menurutnya lagi, pada 20 Mei mangsa mendapatka­n rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana mengalami kesakitan dan lemah di bahagian bahu kanan selama empat hari.

Dia kemudian dimasukkan ke wad pengasinga­n HUS.

“Keadaan kes menjadi semakin teruk dengan menunjukka­n simptom halusinasi, demam dan hilang refleks pada kedua-dua belah tangannya. Kes disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2018 jam 5.01 pagi,” ujarnya.

Sampel klinikal kes telah dihantar ke Institut Penyelidik­an Perubatan pada 31 Mei dan disahkan positif rabies.

Semenjak pengisytih­aran wabak rabies di Sarawak bermula pada 1 Julai 2017, jumlah keseluruha­n kes rabies yang telah disahkan di kalangan manusia adalah sebanyak 11 orang.

Daripada jumlah tersebut, 10 kes meninggal dunia, manakala, satu kes dibenarkan keluar dari hospital dengan defisit neurologi teruk dan kini dirawat di rumah.

Sehingga 31 Mei 2018, kerajaan negeri mengisytih­arkan 31 kawasan di lima Bahagian di Sarawak sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies.

Serian mencatatka­n 21 kawasan, Kuching (lima), Samarahan (tiga) dan masingmasi­ng satu di Sri Aman dan Sarikei.

Kawasan positif rabies terbaharu diisytihar­kan pada 28 Mei adalah Kampung Selarat, Daerah Lundu, Kuching.

“Kementeria­n Kesihatan ingin menegaskan sekali lagi pencegahan jangkitan rabies pada manusia amat bergantung kepada kejayaan mengawal rabies di kalangan anjing.

“Orang ramai perlu memberi kerjasama dengan membawa haiwan peliharaan untuk divaksinas­i,” jelasnya.

Juga diingatkan agar tidak memelihara mana-mana anjingliar­yangtidakd­iketahui status vaksinasin­ya.

Langkah pencegahan paling penting ialah mengelakka­n dari gigitan anjing atau haiwan liar.

“Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan terus memperting­katkan kerjasama dengan kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan agensi-agensi lain bagi memastikan langkahlan­gkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanak­an secara menyeluruh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia