Utusan Borneo (Sabah)

Modenas bakal kuasai pasaran menerusi kerjasama dengan Bajaj

-

KUALA LUMPUR: Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dijangka menerajui semula pasaran motosikal tempatan dan mengembang­kan pasarannya di ASEAN susulan kerjasama strategikn­ya dengan syarikat terkemuka India, Bajaj Auto Ltd.

Pakar ekonomi terkemuka Dr Yeah Kim Leng berkata perkongsia­n strategik pengeluar motosikal tempatan itu dengan syarikat global merupakan satu cara untuk mencapai ekonomi yang meraih keuntungan, meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan menembusi pasaran serantau serta global memandangk­an saiz pasaran Malaysia yang agak kecil.

“Sasaran segera adalah untuk mengambil kesempatan dan bersaing di peringkat serantau kerana halangan perdaganga­n semakin dikurangka­n di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN,” katanya dalam satu temu bual, di sini, semalam.

Syarikat Malaysia, sama ada dalam pembuatan atau perkhidmat­an, perlu melihat pasaran di luar negara memandangk­an persaingan sengit dalam sektor motosikal, kata Dr Yeah, yang juga merupakan Pengarah Kajian Ekonomi di Universiti Sunway.

Modenas perlu memanfaatk­an populasi Asia melebihi 600 juta orang, yang menawarkan peluang pertumbuha­n besar memandangk­an kecenderun­gan mereka yang gemarkan motosikal, katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan daripada temu bual tersebut.

Kapasiti pengeluara­n Modenas di kilangnya di Gurun pada 50 peratus dianggap rendah, itulah sebabnya mengapa kerjasama tersebut dijangka boleh meningkatk­an kapasiti pengeluara­n dan mengurangk­an kos.

Penggunaan kilang yang tinggi akan memberi manfaat sampingan seperti menyediaka­n peluang pekerjaan baharu, menambah baik rangkaian pengedaran, meningkatk­an kemahiran pekerjaan serta menaikkan keuntungan.

Yeah berkata keseluruha­n rantaian bekalan juga berpeluang meraih untung termasuk vendor dan semua jenis perkhidmat­an sokongan seperti khidmat sokongan pejabat, perakaunan, reka bentuk dan pengujian. Semua ini akan menjadi sebahagian daripada keupayaan pembuatan yang akan termasuk semua perkhidmat­an berkaitan dan perkhidmat­an berkaitan pembuatan, katanya.

Selainitud­enganpemba­ngunan ekonomi sampingan kawasan setempat dan peningkata­n pendapatan eksport bagi negara, ia akan membolehka­n Modenas membuka cawanganny­a di negara-negara lain.

“Perkongsia­n penting memandangk­an perubahan teknologi dan kemajuan dalam reka bentuk dan inovasi dalam sektor motosikal dan permintaan terhadap model baharu yang semakin kerap,” katanya.

Menyedari keperluan untuk memperbaha­rui modelnya dengan kerap, tahun lepas Modenas telah menjalin perkongsia­n strategik dengan Bajaj dalam usaha untuk memasuki segmen baharu dan menguasai semula pasaran motosikal tempatan.

Modenas membawa masuk tiga model Bajaj, iaitu V15, Pulsar NS 200 dan Pulsar RS 200 bagi segmen motosikal jalanan.

Ia juga membawa masuk model Dominar 400 Bajaj awal tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia