Utusan Borneo (Sabah)

Situasi suram pasaran kewangan bakal kembali cerah

-

KUALA LUMPUR: Pembetulan dalam pasaran kewangan ketika ini dijangka berlarutan sekurangku­rangnya bagi tempoh beberapa bulan lagi, namun dengan dasar-dasar kerajaan yang semakin tampak jelas, situasi suram ini diunjur kembali pulih seperti biasa.

Pada Rabu lepas, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 56.56 mata untuk ditutup kepada 1,719.28, paras terburuk yang dicatatkan sejak 2008.

Ringgit menyusut sebanyak 1.6 peratus berbanding dolar AS, diseret turun oleh faktorfakt­or luaran lain seperti kenaikan hasil Perbendaha­raan Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pegawai Eksekutif Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan memberitah­u Bernama situasi ini ‘pada dasarnya adalah normal’.

“Perkara yang sama berlaku pada 2008 apabila Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga semasa pilihan raya.

“Indeks KLCI turun kirakira 9.8 peratus beberapa minggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12. Bagaimanap­un, ia melonjak semula kepada 16 peratus selepas enam bulan kemudianny­a, dan kami menjangkak­an peluang yang sama kali ini,” katanya.

Menjelang September, Nazri berkata, akan ada lantunan semula beransur-ansur dalam pasaran, apabila keyakinan pelabur kembali semula ke negara ini sebaik sahaja Kabinet baharu menggarisk­an dasar-dasarnya.

“Tidak ada kejelasan dalam dasar daripada kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi saya rasa apabila dasar menjadi semakin jelas, perlahan-lahan dana asing akan kembali semula,” katanya.

Beliau berkata pembetulan dalam pasaran adalah mendadak dan dramatik.

“Saya unjur FBM KLCI akan ditutup pada 1,950 menjelang akhir tahun ini dan mencecah paras 2,000 pada akhir 2019,” kata Nazri, yang juga Ketua Pegawai Pelaburan syarikat itu.

Pada Jumaat, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 15.76 mata untuk ditutup kepada 1,756.38, apabila para pelabur mula memperliha­tkan keyakinan dagangan selepas kerajaan mengumumka­n langkah-langkah ekonominya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia