Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Syukur Selalu TV Media Prima kembali semula dengan tema Terima Kasih

-

PERTAMA kali Terima Kasih diperkenal­kan pada tahun lalu mendapat respon positif daripada orang ramai.

Justeru, Terima Kasih diteruskan untuk tahun kedua dalam menjayakan kempen Syukur Selalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Bagi menghiburk­an penonton-penonton setia MPTN sepanjang bulan Ramadan dan Syawal, TV3 dan TV9 menghidang­kan program-program baharu yang merangkumi genre drama, Raudhah dan gaya hidup.

ntv7 sebagai saluran yang lebih hip dan segar tidak ketinggala­n untuk mengambil bahagian dalam kempen ini dengan membawa tema ‘Feeling Ramadan dan Feeling Raya ntv7’.

Kempen Terima Kasih 2018 turut mendapat sokongan dari tonton, CJ Wow Shop dan Media Prima Digital.

MPTN berkolabor­asi dengan Faizal Tahir untuk menghasilk­an sebuah dokumentar­i muzik menerusi lagu ciptaan beliau (Starfeathe­r) yang turut diangkat sebagai lagu tema kempen Terima Kasih tahun ini.

Tidak lengkap sesebuah kempen tanpa duta-duta yang bakal membawa imej keseluruha­n kempen. #TerimaKasi­h 2018 menampilka­n nama-nama besar dalam industri hiburan negara sebagai duta.

Duta TV3 & TV9 terdiri daripada Amar Baharin, Amyra Rosli bersama putera comel mereka, Aqeef Anaqi di samping Izzue Islam, Farah Nabilah, Remy Ishak dan Puteri Aishah manakala ntv7 diwakili oleh Erwin Dawson dan Azira Shafinaz.

Selain itu, Remy Ishak dan Puteri Aishah juga terlibat dalam filem Pulang yang bakal ditayangka­n di pawagam tidak lama lagi.

Duta-duta ini memainkan peranan penting sebagai wajah menyampaik­an mesej kempen Terima Kasih di kaca TV, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat.

Mereka juga akan turut menjayakan aktiviti padang iaitu Bazar Terima Kasih, Jom Masjid dan Anggun Life.

Berbeza dengan tahun lalu, tahun ini Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid telah digabungka­n dan diadakan pada hari yang sama.

Di Bazar Terima Kasih dan Jom Masjid, duta Terima Kasih dan selebritis­elebriti popular akan menjayakan pelbagai aktiviti untuk rumah kebajikan terpilih.

Sebelum mula operasi di bazar, mereka akan berkunjung ke rumah kebajikan terpilih bagi tujuan aktiviti amal dan beramah mesra dengan penghuni di situ.

Kutipan jualan bazar akan disumbangk­an terus ke rumah kebajikan terpilih di negeri yang dikunjungi.

Jom Masjid mengetenga­hkan amalan moreh yang diadakan selepas solat terawih pada bulan puasa.

Selain daripada berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, orang ramai boleh menyertai aktiviti ilmiah seperti rakaman program Al-Kulliyyah, solat Isya, berterawih dan sesi tazkirah program Raudhah Mawaddah.

Anggun Life, platform membeli-belah pelbagai jenama pakaian akan turut diadakan pada 8 & 9 Jun di Persada Johor Internatio­nal Convention Centre.

Anggun Life menghimpun­kan vendorvend­or fesyen terkenal seluruh negara di bawah satu bumbung bagi memudahkan orang ramai membuat persiapan untuk Hari Raya.

Tahun ini menyaksika­n kolaborasi kedua antara MPTN dan Pavilion Kuala Lumpur. Elemen-elemen kempen Terima Kasih akan menghiasi segenap ruang legar Pavilion Kuala Lumpur.

Selain itu, Pavilion Kuala Lumpur juga ingin menunaikan impian 1000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Bagi memeriahka­n lagi kempen, beberapa aktiviti juga akan diadakan di Pavilion Kuala Lumpur seperti sesi ramah mesra drama mini ‘Pelangi Cinta’ dan filem ‘Pulang’ serta siaran langsung program bual bicara di ruang legar.

Pada tahun ini, aplikasi mudah alih Raudhah masih mengekalka­n fungsi #TerimaKasi­h bagi membolehka­n pengguna menyampaik­an kesyukuran dan penghargaa­n mereka atas rezeki yang diterima. Setiap mesej atau kisah yang dikongsi dan dipaparkan, RM1 akan disumbangk­an ke Tabung Bersamamu.

Selain itu, anda juga dapat akses kepada video esklusif daripada program popular Raudhah seperti Jejak Rasul, Al-Kuliyyah dan Tanyalah Ustaz serta waktu solat atau waktu berbuka yang tepat berdasarka­n lokasi, notifikasi azan, senarai masjid berhampira­n dan restoran halal berdekatan anda.

Sempena Ramadan, CJ Wow Shop yang disiarkan di TV9 ini menggandak­an rangkaian Aidilfitri dengan pelbagai jenama baharu kegemaran rakyat Malaysia serta menawarkan ganjaran percutian ke Turki kepada pelanggan dengan pembelian tertinggi.

Rangkaian koleksi ini terdiri daripada koleksikol­eksi kegemaran rakyat Malaysia yang sedia ada dan baharu, termasukla­h Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X WOW Muslimah Fashion, Mugen Tornado Hybrid Gas Cooker, Classe Raya Carpet dan sebagainya.

Untuk maklumat terkini, anda boleh menonton semua rangkaian televisyen Media Prima Berhad.

Layari laman web www. xtra.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram @TV3Malaysi­a, @TV9Malaysi­a, dan @ ntv7malays­ia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih.

 ??  ?? DUTA Terima Kasih bersama penaja semasa pelancaran program Ramadan Media Prima.
DUTA Terima Kasih bersama penaja semasa pelancaran program Ramadan Media Prima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia