Utusan Borneo (Sabah)

Hurr.tv siar sebalik tabir perjalanan seni penyanyi remaja AQEESH

-

LAMAN online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv memperkena­lkan sebuah rancangan online eksklusif dengan judul Aqeesh yang akan membawa penonton mengikuti perjalanan seni juara Bakat Ohsem Malaysia (BOM) yang pertama, seorang gadis berbakat bergelar Aqeesh Aleeya, 14 tahun.

Program lima episod web ini akan disiarkan di laman web hurr.tv dan YouTube setiap hari Jumaat bermula 25 Mei hingga 15 Jun 2018 pada jam 9.30 malam.

Aqeesh akan membawa penonton untuk mendekati lebih lanjut kehidupan harian pemilik nama sebenar Nur Balqis Aleeya Shahrom setelah bergelar juara rancangan realiti bakat dalam talian, BOM anjuran hurr.tv.

Edisi pertanding­an yang pertama itu pada 23 Disember 2017 menyaksika­n Aqeesh membawa pulang wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Proton Saga 1.3 (A) sumbangan MyMotor.

Penyanyi muda ini mula membabitka­n diri di dalam dunia seni sejak berumur 9 tahun dengan menyertai pelbagai program nyanyian antaranya Bintang Kecil RTM 2013 dan 2014.

Pada kedua-dua edisi berkenaan, beliau telah muncul sebagai Peserta Terbaik Semenanjun­g serta naib juara keselu-ruhan pada tahun 2014.

Selain itu, Aqeesh juga pernah muncul sebagai hos bagi program ‘Planet Kids TV2’.

Menerusi rancangan Aqeesh, penonton secara eksklusif dapat melihat rutin harian beliau.

Episod web pertama bakal menyaksika­n penonton dibawa lebih dekat bersama Aqeesh untuk mengetahui aktiviti hariannya di rumah.

Adakah si cilik ini seorang yang manja bersama ibu bapanya? Bagaimana pula hubungan Aqeesh bersama adik beradiknya yang lain?

Aqeesh juga akan berkongsi pengalaman­nya sebagai peserta BOM serta rancangann­ya selepas memenangi wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta.

Episod web kedua pula akan mengikuti Aqeesh ke sekolahnya. Sebagai seorang pelajar, pastinya penonton ingin mengetahui bagaimanak­ah beliau dapat mengimbang­i masanya antara pelajaran dan aktiviti seni.

Penonton juga akan melihat temu ramah khas bersama guru-guru dan rakanrakan­nya di sekolah berkongsi pendapat mengenai Aqeesh.

Episod web ketiga hingga kelima pula bakal memaparkan pertemuan Aqeesh bersama artis- artis hebat Malaysia antaranya Tomok dan Khai Bahar. Pertemuan berkenaan menyaksika­n Aqeesh menerima nasihat, tunjuk ajar dan panduan berguna bagi beliau untuk kekal relevan di dalam industri seni.

Selain itu juga, Aqeesh turut berpeluang untuk berduet secara langsung bersama idolanya menerusi lagu-lagu yang dinyanyika­n secara akustik. Menerusi episod web kelima juga, penonton akan menyaksika­n kolaborasi penyanyi muda ini bersama seorang komposer lagu terkenal Malaysia, iaitu DJ Fuzz dan penulis lirik Hez Hazmi.

Bakal muncul dengan single pertamanya pada Jun depan, lagu yang bakal dinyanyika­n Aqeesh adalah berunsurka­n pop dance.

“Aqeesh adalah program khas hurr.tv bertujuan memperkena­lkan bakat baharu naungan kami iaitu Aqeesh Aleeya. Hanya berumur 14 tahun, saya yakin bahawa bakat yang dimiliki Aqeesh bakal merancakka­n lagi industri seni tanah air. Bakat segar dan tersendiri Aqeesh ini sudah pastinya memberikan beliau kelebihan bagi menjadi pelapis penyanyi-penyanyi unggul di Malaysia.

“Dengan harapan juga, bakatnya akan mendapat pengiktira­fan bukan sahaja di dalam negara, malah turut diakui di peringkat antarabang­sa suatu masa nanti,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Tonton Aqeesh mulai Jumaat, 25 Mei 2018 jam 9.30 malam hanya di laman web hurr.tv dan saluran YouTube.

Penonton juga boleh menonton semua episod di telefon pintar mereka dengan memuat turun aplikasi hurr. tv yang dilancarka­n secara percuma dari iTunes App Store dan Google Play Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia