Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan bantah perubahan nama Macedonia

-

SKOPJE: Ribuan penyokong parti pembangkan­g sayap kanan VMRO-DPMNE di Macedonia menunjuk perasaan di ibu negara Skopje kelmarin untuk membantah rancangan menukar nama negara itu, yang telah menjadi tumpuan pertikaian dengan negara jiran Greece.

Zoran Zaev, perdana menteri bekas republik Yugoslav itu, pada Rabu lepas berkata rundingan dengan Athens untuk menyelesai­kan pertikaian selama 27 tahun itu berada pada peringkat terakhir.

Athens membantah nama negara jiran itu dalam perlembaga­annya, Republik Macedonia, kerana Greece mempunyai wilayahnya sendiri di utara yang dipanggil Macedonia, dan bimbang ia mungkin membayangk­an cita-cita mengembang­kan wilayah.

Isu kontrovers­i itu telah menjejaska­n harapan Macedonia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan NATO, kerana Greece dapat menggunaka­n kuasa veto untuk menolak permohonan­nya untuk menjadi anggota.

VMRO-DPMNE tidak akan menyokong sebarang cubaan untuk meminda nama negara itu dalam perlembaga­an, kata Hristijan Mickoski, pemimpin baharu parti pembangkan­g.

“Kami sangat jelas dalam subjek ini,” ujarnya sewaktu perarakan protes.

Bekas perdana menteri dan pemimpin VMRODPMNE, Nikola Gruevski, yang memerintah Macedonia dari 2006 hingga 2016, tidak menyertai rapat umum selepas dihukum penjara selama dua tahun Rabu lepas oleh mahkamah Skopje kerana menyalah guna kuasa dalam pembelian sebuah kereta Mercedes mewah.

Perdana menteri nasionalis yang lantang di Hungary, Viktor Orban, menghantar mesej sokongan menerusi video di mana beliau memuji pemimpin parti yang bijaksana dan berani, yang enggan tunduk di bawah tekanan daripada kuasa asing.

Protes juga dianjurkan untuk minggu depan di utara Greece di mana ada yang menentang apa yang mereka lihat sebagai penyelesai­an kompromi yang sedang dimuktamad­kan di antara para pemimpin Greece dan Macedonia.

Nama baharu yang dipersetuj­ui hampir pasti akan mengandung­i ‘Macedonia’, sesuatu yang dibantah dengan keras oleh ramai warga Greece yang mahu melindungi wilayah Macedonia mereka sendiri di utara negara, tempat lahirnya empayar purba Alexander the Great atau Iskandar Zulkarnain.

Nama dalam perbincang­an termasuk ‘New Macedonia’ dan ‘Upper Macedonia’.

Menurut seorang pegawai kanan Macedonia, sebarang perubahan nama yang dipersetuj­ui dengan Greece perlu disahkan oleh parlimen dan kemudian dikemukaka­n dalam referendum.

Mengambil kira bantahan Greece negara itu menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993 dengan nama yang begitu panjang, iaitu Bekas Republik Yugoslav Macedonia, atau singkatann­ya FYROM.

Namun puluhan negara termasuk AS dan Rusia sudah pun mengiktira­f negara itu sebagai ‘Macedonia’.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MICKOSKI (tengah) mengetuai tunjuk perasaan di hadapan bangunan kerajaan di Skopje, kelmarin.
— Gambar AFP MICKOSKI (tengah) mengetuai tunjuk perasaan di hadapan bangunan kerajaan di Skopje, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia