Utusan Borneo (Sabah)

LAPOR KEROSAKAN

Saranan kepada sekolah terjejas akibat banjir

- Oleh SADDAM EDRIS

PENAMPANG: Semua sekolah terjejas banjir diminta menyediaka­n laporan dengan memaklumka­n setiap kerosakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah secepat mungkin.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, langkah itu bagi membolehka­n pihak berkaitan melaksanak­an kerja penilaian tahap kerosakan dan seterusnya proses membaik pulih.

“Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony juga meminta kita untuk mempercepa­tkan proses penilaian kerosakan bagi memastikan bangunan sekolah terjejas ini selamat untuk digunakan semula.

"Jadi, kita mahu mengenalpa­sti struktur bangunan yang sudah tidak selamat lagi dan meminta kerjasama pihak sekolah memaklumka­n kerosakan dialami untuk kita perbaiki secepat mungkin," katanya ketika ditemui pada Program Gotong-Royong Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kibabaig, di sini pada Isnin.

Jenifer yang juga Adun Moyog berkata pihaknya mengenal pasti beberapa kawasan yang turut terlibat dalam program pasca banjir yang berlangsun­g sehari itu.

Katanya, program gotongroyo­ng itu meliputi kawasan Kampung Kolopis serta sepanjang jalan Kampung Dabak, termasuk kawasan Penampang Proper.

“Seramai 180 orang terlibat dalam program hari ini (Isnin) yang mana kita membahagik­an anggota di setiap kawasan yang terjejas banjir.

“Antara pihak yang terlibat termasukla­h anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Penampang Mojuntin Ebin berkata, sebanyak empat sekolah terjejas akibat banjir kilat yang berlaku pada 31 Mei lepas.

Katanya, antara sekolah terlibat adalah SK Kibabaig, Sekolah Menengah (SM) St Michael, SK St Theresa Inobong dan SK Sugud.

“Setakat ini, masa pembelajar­an di sekolah terlibat tidak dapat mengikut jadual waktu ekoran kita masih lagi melaksanak­an aktiviti pembersiha­n sejak Sabtu lalu sehingga sekarang.

“Memandangk­an anggota tidak mencukupi, kami harapkan akan ada pihak NGO di luar sana untuk membantu sekolah yang terlibat banjir ini membersihk­an kawasan sekolah ini,” katanya.

Bagi SK Kibabaig sahaja, seramai 335 murid yang menggunaka­n tingkat bawah bangunan sekolah berkenaan terpaksa dipindahka­n ke kelas lain serta dewan sekolah buat sementara waktu.

 ??  ?? KERJA membersihk­an kawasan sekolah yang dimasuki lumpur akibat banjir.
KERJA membersihk­an kawasan sekolah yang dimasuki lumpur akibat banjir.
 ??  ?? JENIFER (dua kiri) turut sama menyusun buku sekolah yang rosak akibat banjir.
JENIFER (dua kiri) turut sama menyusun buku sekolah yang rosak akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia