Utusan Borneo (Sabah)

MAIWP Labuan agih RM1.15 juta wang zakat kepada 2,302 asnaf

-

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Labuan telah mengagihka­n wang zakat berjumlah RM1.15 juta kepada 2,302 asnaf sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Haji Abdul Aziz Jusoh berkata, setiap keluarga asnaf yang layak menerima di bawah Skim Bantuan Kewangan Bulanan akan menerima RM500 yang akan dimasukkan terus ke akaun masing-masing bermula pada 6 Jun ini.

Beliau berharap penerima bantuan Aidilfitri dapat memanfaatk­an sepenuhnya bantuan itu dan berbelanja secara berhemah serta berjimat cermat dengan membeli barangan yang diperlukan sahaja.

“Jadilah penerima yang bijak dengan menggunaka­n wang sumbangan zakat ini secara berhemah dan hanya membeli barangan keperluan yang hasilnya dapat memberi keberkatan kepada ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Asnaf MAIWP Labuan di Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun pada Sabtu.

Turut hadir, Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Ahmad SaifuddinH­ajiMdTahir,Ketua Jabatan Syariah, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n Labuan Mohd Fazil Hasan dan Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n Labuan Ustaz Mohd Sukri Abdul Ghani.

Hadir sama, Timbalan Ketua Usia Bahagian Labuan Datuk Haji Abdul Rahman Haji Lamudin dan Pengerusi Masjid Nurul Iman Sungai Bedaun Ustaz Minggu Matnoh.

Pada majlis itu, seramai 300 daripada 2,302 golongan asnaf turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di samping menerima bantuan berupa barangan keperluan harian.

Sementara itu, Abdul Aziz mengadakan lawatan ke Hospital Nukleus Labuan bagi menyerahka­n bantuan wang zakat berjumlah RM499,870 membabitka­n bantuan untuk Peralatan Pembedahan Katarak Hospital Labuan sebanyak RM499,750, Tabung Kebajikan Perubatan Hospital Labuan (RM50,000) dan bantuan Pesakit Wad Hospital Labuan (RM20,000).

Menurut beliau, pada tahun ini pihaknya juga telah memperuntu­kkan sebanyak RM261,800 untuk Skim Bantuan Perubatan Am dan RM146,700 untuk Skim Bantuan Peralatan Kesihatan yang bertujuan meringanka­n beban kewangan asnaf untuk mendapatka­n rawatan.

Majlis penyampaia­n bantuan wang zakat itu disempurna­kan oleh Abdul Aziz kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Ismoni Bohari.

Turut hadir, Pengarah Hospital Labuan Dr Adnan Musa Balidran.

 ??  ?? ABDUL Aziz (tujuh dari kanan) menyerahka­n replika cek bantuan kewangan bulanan dan keperluan harian sempena Majlis Iftar Bersama Asnaf di pekarangan Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun.
ABDUL Aziz (tujuh dari kanan) menyerahka­n replika cek bantuan kewangan bulanan dan keperluan harian sempena Majlis Iftar Bersama Asnaf di pekarangan Masjid Nurul Iman, Kampung Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia