Utusan Borneo (Sabah)

Pandu melulu, lelaki tempatan dipenjara setahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memandu secara meluluhing­gamembahay­akan pengguna jalan raya yang lain.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Victor Joseph, 47, yang tidak diwakili peguam selepas mengaku bersalah.

Tertuduh yang memandu kenderaan pacuan empat roda, melakukan kesalahan itu pada 17 Mei jam 2.35 pagi di simpang Jalan Ketiau - Jalan Papar Lama, daerah Penampang.

Victor disabitkan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333), penjara selama tempoh lima tahun atau denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu dan rakan sekerjanya sedang meronda, beliau melihat sebuah kenderaan yang dipandu dalam keadaan mencurigak­an.

Setelah menghampir­i kenderaan terbabit, tibatiba pemandu kenderaan itu bertindak memecut melarikan diri.

Pengadu terus mengejar sehingga di simpang Jalan Ketiau - Jalan Papar Lama, namun kenderaan berkenaan berhenti mengejut sehingga beliau tidak sempat mengelak.

Tertuduh terus melarikan diri ke arah Kampung Duvanson, Putatan, manakala pengadu terus berusaha menjejaki namun gagal mengesan.

Bagaimanap­un pada 18 Mei, tertuduh berjaya ditangkap polis di sebuah rumah di Kampung Ketiau, setelah mendapat maklumat daripada orang awam.

Semasa rayuan, Victor yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, kerana menanggung seorang isteri dan dua anak.

Pegawai Pendakwa Insp Sallehudin Sulaiman dari Jabatan Trafik meminta hukuman setimpal dikenakan, agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Tambahnya, kini tertuduh menjalani pemenjaraa­n selama lapan bulan, atas kesalahan mencuri di dalam bangunan untuk kes daerah Papar.

Afiq memerintah­kan Victor menjalani hukuman terbabit secara berasingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia