Utusan Borneo (Sabah)

Wanita sebabkan cedera parah kanak-kanak perempuan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita akan mengetahui nasibnya pada 9 Julai di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyebabka­n cedera parah terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Majistret Afiq Agoes menetapkan tarikh itu terhadap Florence Chin Yee Fui, 33, yang mengaku salah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Tertuduh memukul, memijak, menumbuk dan mengigit mangsa yang berusia tujuh tahun, iaitu anak kepada rakannya.

Kesalahan dilakukan pada 5 hingga 10 Mei di sebuah bilik sewa rumah penginapan, Lorong Diki, Kampung Air, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tujuh tahun dan denda jika sabit salah.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Cif Insp Lim Swee Beng memohon satu tarikh baharu, sementara menunggu fakta kes dan laporan perubatan mangsa diperolehi.

Sementara itu, tiada jaminan diberikan kepada Florence yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Mahkamah Sesyen akan menyampaik­an keputusann­ya pada 25 Jun terhadap seorang wanita warga asing yang didakwa mendorong seorang wanita melakukan aktiviti pelacuran.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu terhadap Hidya Eman, 28, selepas perbicaraa­n penuh dijalankan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh mendorong Michelle Ebisa, 24, untuk melakukan kesalahan itu, yang mana kegiatan terbabit akan membantuny­a dari segi kewangan.

Kesalahan dilakukan pada 4 November tahun lalu jam 8.40 malam, di sebuah hotel, Jalan Berjaya 3, di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 372 A Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 15 tahun dan sebat atau dengan denda.

Pada 2 Mei, Hidya diperintah­kan mahkamah membela dirinya atas pertuduhan itu, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Sementara menunggu kes selesai tiada jaminan diberikan, tertuduh terus diremanmen­gikutSeksy­en259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja melakukan pendakwaan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia