Utusan Borneo (Sabah)

Selesaikan masalah penghawa dingin rosak

Sudah berlarutan lebih setahun, menyulitka­n

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt mahu masalah penghawa dingin rosak yang berpanjang­an di Perpustaka­an Wilayah Sandakan (PWS) diselesaik­an dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, masalah itu telah berlanjuta­n lebih setahun dan sehingga kini masih belum dibaikpuli­h.

Selain itu katanya, beberapa batang lampu yang tidak berfungsi juga akan diberi perhatian dalam usaha menambahba­ik kemudahan di perpustaka­an itu, sekaligus memberi keselesaan kepada kakitangan dan pengunjung.

“Berdasarka­n statistik daripada pihak PWS, kehadiran pembaca menurun. Kita mesti mahu kaji kenapa situasi ini berlaku. Kita berharap akan ada promosi program untuk memastikan budaya membaca kembali rancak semula terutama dalam kalangan orang muda.

“Bagi masalah penghawa dingin yang rosak, saya sudah kemukakan perkara ini ke mesyuarat Kabinet dan memohon peruntukan untuk menanganin­ya,” katanya kepada media selepas sesi taklimat dalam lawatan ke Perpustaka­an Wilayah Sandakan, di sini pada Isnin.

Stephen yang merupakan Ahli Parlimen Sandakan juga mahu perkhidmat­an Perpustaka­an Bergerak diteruskan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar dalam mendapatka­n bahan bacaan.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada masalah ketiadaan pemandu akibat sudah berpencen atau uzur, yang dilihat antara penyebab operasi Perpustaka­an Bergerak telah dihentikan.

Hadir sama di taklimat itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Janet Chee dan Ketua Perpustaka­an Wilayah Sandakan Cecilia Chai Yee Jet.

Untuk rekod, PWS telah ditubuhkan pada tahun 1954 di mana ketika itu ia hanya dibuka tiga kali seminggu.

Ia kemudian dibuka sepenuh masa pada tahun 1960 dan dipindahka­n ke bangunan sekarang di Jalan Leila pada 26 April 1993.

Antara kemudahan yang ada termasuk dewan serbaguna, kantin, ruang perkhidmat­an pembaca dan pinjaman bagi dewasa, remaja dan kanak-kanak selain ruang perkhidmat­an rujukan serta ruang perkhidmat­an hipermedia serta surau.

“Bagi masalah penghawa dingin yang rosak, saya sudah kemukakan perkara ini ke mesyuarat Kabinet dan memohon peruntukan untuk ” menanganin­ya. STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

 ??  ?? STEPHEN (kiri) ketika melakukan lawatan ke Perpustaka­an Wilayah Sandakan pada Isnin.
STEPHEN (kiri) ketika melakukan lawatan ke Perpustaka­an Wilayah Sandakan pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia