Utusan Borneo (Sabah)

Mohamed Khaled umum tawar diri tanding Naib Presiden Umno

-

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Isnin menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu, 30 Jun ini.

Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang itu berkata penawaran dilakukan dalam keadaan Umno berada pada paras kedudukan paling rendah, sekali gus sebagai perjuangan memastikan parti tersebut kembali disokong orang Melayu dan rakyat keseluruha­nnya.

“Penawaran i n i memberikan alternatif kepada anggota Umno untuk membuat pilihan. Memang ramai yang menawarkan diri (bertanding). Saya harap supaya perwakilan dapat menilai kekuatan, kemampuan dan semangat yang dapat diberikan setiap calon kerana semuanya ada kelebihan masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Mohamed Khaled menegaskan kesediaan beliau itubukanny­ademikedud­ukan dan kuasa, sebaliknya mahu menunjukka­n kepada masyarakat bahawa masih terdapat ramai pemimpin dan anggota Umno yang masih berpegang kepada prinsip perjuangan iaitu berkhidmat demi kepentinga­n agama dan negara, bukannya kepentinga­n peribadi.

Menurut Mohamed Khaled, beliau mempunyai cadangan untuk memulih dan membangunk­an semula Umno dan akan berkongsik­an ideaituseb­elumpemili­handan jika berkesempa­tan, beliau akan menjelajah ke negeri lain untuk menjelaska­nnya.

“Semua orang kata Umno perlu berubah tetapi tiada siapa yang menjelaska­n bagaimana perubahan itu perlu dibuat. Mungkin belum ada yang mahu berkongsik­an idea tetapi sebelum bertanding, saya akan kongsikan pandangan saya.

Mungkin Umno terlalu lambat lakukan perubahan, kita (Umno) masih bergerak berasaskan cara lama, pemilihan selalu tangguh, kadang-kadang pemilihan pemimpin datang dari ‘atas’, pendek kata kita tidak tunjuk kita sebuah parti progresif. Ini semua kena diberi perhatian,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia