Utusan Borneo (Sabah)

JPJ buka bidaan nombor pendaftara­n ‘Malaysia’

-

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan membuka bidaan nombor pendaftara­n kenderaan ‘Malaysia’ bermula 2 hingga 16 Julai ini sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n ke-61, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata keputusan tawaran bidaan melibatkan nombor siri Malaysia 1 hingga Malaysia 9999 itu akan diumumkan pada 23 Ogos depan.

Katanya bidaan itu terbuka kepada mana-mana individu termasuk menteri kecuali Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan ditawarkan nombor pendaftara­n khas ‘Malaysia 2020’.

“Niat kita untuk tambah hasil kerajaan jadi semua nombor tidak dikhaskan untuk sesiapa (termasuk menteri), boleh dibida oleh sesiapa pun. Tiada bidaan minimum,” katanya pada sidang media, di sini pada Isnin.

Menurutnya kerajaan menjangkak­an hasil lebih RM22 juta daripada tawaran bidaan tersebut berdasarka­n hasil penjualan nombor pendaftara­an siri ‘V’ dan ‘F’ sebelum ini.

Loke berkata nombor pendaftara­an siri ‘V’ dan ‘F’ masing-masing merekodkan hasil jualan sebanyak RM22.48 juta dan RM17.55 juta dengan bidaan tertinggi dicatatkan bagi kedua-dua siri itu adalah RM989,780 bagi nombor V1 dan RM836,660 bagi nombor F1.

“Hasil jualan nombor ini (Malaysia) akan disalurkan kepada kerajaan kerana dalam bidang pengangkut­an ini jika JPJ dapat hasil tinggi, kementeria­n boleh minta lebih banyak dana untuk pengangkut­an awam.

“Jadi saya ingin meyakinkan kabinet bahawa JPJ juga boleh menambah hasil kerajaan,” katanya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya membolehka­n bidaan dibuat di JPJ Kuala Lumpur, Loke berkata kali ini bidaan boleh dihantar kepada semua pejabat JPJ negeri untuk kemudahan orang ramai.

MenurutLok­eselarasde­ngan keputusan mesyuarat kabinet pada Rabu lepas, kementeria­n juga akan memperkena­lkan siri nombor pendaftara­n kenderaan bagi setiap negeri bermula dari ‘Perlis’ sehingga ke ‘Sabah’ tidak lama lagi.

Selain itu, Loke berkata kementeria­n juga sedang mengkaji cadangan memperkena­lkan nombor pendaftara­n kenderaan peribadi bagi menambah hasil kerajaan seperti yang telah dilaksanak­an di negaranega­ra lain.

“Sesiapa hendak letak nama sendiri pun boleh seperti Anthony, John, Ali atau Mahathir atau pun Najib. Sesiapa yang hendak, boleh buat personalis­ed number ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan akan menghentik­an amalan membenarka­n badan bukan kerajaan (NGO) membuka bidaan nombor pendaftara­n kenderaan memandangk­an hasil yang dikutip tidak disalurkan kepada kerajaan.

“Nombor pendaftara­n paling tinggi yang pernah direkodkan adalah ‘Patriot 1’ yang dijual dengan harga RM1.3 juta, bagaimanap­un sayangnya ia ditawarkan oleh sebuah NGO dan hasil jualan tidak masuk kepada dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata bagi nombor pendaftara­n yang telah diluluskan kepada NGO dan masih dibuka untuk bidaan ketika ini, ia tidak boleh dibatalkan sebaliknya tarikh penjualan tidak akan disambung selepas tamat tempoh setahun yang diberikan kepada mereka.- Bernama

 ??  ?? LOKE (kiri) menunjukka­n nombor pendaftara­n ‘Malaysia’ yang boleh dibida sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 ketika sidang media pada Isnin. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Datuk Shaharuddi­n Khalid. -Gambar Bernama
LOKE (kiri) menunjukka­n nombor pendaftara­n ‘Malaysia’ yang boleh dibida sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 ketika sidang media pada Isnin. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan Datuk Shaharuddi­n Khalid. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia