Utusan Borneo (Sabah)

RM250,000 baik pulih lampu hiasan, jalan di kawasan BGS

-

KUCHING: Sebanyak RM250,000 di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) 2018 diperuntuk­kan bagi membaik pulih lampu hiasan dan jalan di kawasan Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS).

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan adanya kemudahan itu, Tebingan BGS akan diterangi dengan lampu sekali gus memudahkan aktiviti perniagaan pada waktu malam di situ.

“Ini adalah untuk memastikan keselamata­n dan kesenangan bagi mereka yang melawat BGS pada waktu malam namun semua pihak harus memainkan peranan menjaga kemudahan awam ini.

“Banyak program fizikal yang dijalankan terutama oleh DBKU untuk pembanguna­n kampung dan pelbagai tarikan telah diwujudkan di kawasan Kampung Seberang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Agihan Bubur Lambuk Kawasan Jiran Mesra BGS dan PBB Pantai Damai serta Sumbangan Ihsan Ramadan DUN Pantai Damai Zon Seberang Hilir di Esplanade BGS, Kampung Gersik di sini pada Ahad.

Dr Abdul Rahman berkata, sejak 10 tahun lalu penduduk kampung sudah sedar akan peluang perniagaan dan mereka mengambil kesempatan untuk mengadakan aktiviti perniagaan.

“Kini BGS adalah ibarat tempat yang harus dilawati dan dikenali apabila tiba di Sarawak kerana terdapat perniagaan homestay, kek lapis dan ikan terubuk,” tambahnya.

Dalam program tersebut, seramai 71 penerima dari 14 kampung seberang di Petra Jaya menerima bubur lambuk dan sumbangan ikhlas daripada

Dr Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis tersebut isteri beliau, Siti Shorgayah Ahmad Zaidin, Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? DR RAHMAN ditemani Shorgayah, Abang Wahap dan tetamu kehormat lain menyampaik­an sumbangan kepada penerima.
DR RAHMAN ditemani Shorgayah, Abang Wahap dan tetamu kehormat lain menyampaik­an sumbangan kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia