Utusan Borneo (Sabah)

Pangsapuri wartawan Kiev dituduh khianat digeledah

-

MOSCOW: Pangsapuri seorang wartawan yang bekerja untuk agensi berita negara Ria Novosti di Rusia dan ditahan oleh Kiev atas tuduhan khianat telah digeledah kelmarin, kata peguamnya.

“Pangsapuri tersebut telah digeledah,” peguam Andrii Domansky memberitah­u AFP, mengesahka­n laporan oleh beberapa agensi berita Rusia.

Polis telah berada di rumah itu dan satu siasatan sedang dilakukan, tambahnya.

Isteri Vychynski memberitah­u Ria Novosti, “Semua benda telah diambil, pangsapuri itu berada dalam keadaan tidak teratur”.

Ditangkap pada pertengaha­n Mei, Vychynski berada dalam tahanan sementara sehingga tengah bulan depan dan berdepan tuduhan pengkhiana­tan yang membawa hukuman penjara selama 15 tahun.

Ketua biro Ria Novosti di Kiev, rakyat Ukraine-Rusia itu dituduh melakukan “aktiviti subversif” bagi Moscow dan cuba melalui hasil kerjanya yang disiarkan untuk “menjustifi­kasi penaklukan Crimea”.

Vychynski, 51, yang sudah menafikan dakwaan, bekerja untuk media Ukraine sebelum berpindah beberapa tahun lepas ke stesen televisyen umum Rusia Rossia dan kemudian ke Ria Novosti.

Beliau mendapat pasport Rusia pada 2015 ketika satu krisis yang tidak dijangka dalam hubungan antara Kiev dan Moscow berikutan penaklukan oleh Rusia ke atas Crimea dan satu konflik berdarah dengan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.

Ketegangan berterusan antara Ukraine dan Rusia.

Pada minggu ini Kiev memalsukan pembunuhan seorang wartawan antiKremli­n dengan menyatakan ia adalah untuk menggagalk­an komplot pembunuhan sebenar. Tindakan itu turut membongkar satu senarai terdiri daripada 47 orang, kebanyakan­nya warta-wan, yang menjadi sasaran berpotensi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia