Utusan Borneo (Sabah)

Lombong terbiar runtuh di Maghribi, dua maut

-

RABAT: Dua orang maut kelmarin di sebuah lombong terbiar di wilayah timur laut Maghribi yang dilanda ketegangan sosial dicetuskan oleh kemalangan yang sama, kata pihak berkuasa.

Kemalangan berlaku apabila satu syaf runtuh menimpa dua orang itu di komuniti Sidi Boubker di wilayah Jerada ketika mereka cuba melombong plumbum.

“Dua orang, berusia sekitar 33 dan 42 tahun, meninggal dunia kelmarin selepas sebuah lombong plumbum runtuh di Sidi Boubker,” kata pihak berkuasa tempatan, dipetik oleh syarikat media Maghribi.

“Mangsa sudah dikeluarka­n dari lombong oleh sekumpulan rakan mereka,” mereka dipetik sebagai berkata.

“Salah seorang mangsa, yang masih hidup, telah segera dihantar ke hospital di universiti Oujda... namun kemudian meninggal dunia akibat kecederaan­nya.”

Pihak berkuasa Maghribi telah berjanji akan menutup semua lombong terbiar di Jerada selepas keganasan sosial selama beberapa bulan di wilayah bekas perlombong­an itu.

Pada Mac lepas, polis memberitah­u AFP maksimum 300 lombong masih terbuka daripada lebih 3,200 lombong di Jerada, dengan yang dibiarkan menunjukka­n “bahaya yang jelas.”

Jerada telah menyaksika­n gelombang tunjuk perasaan secara aman sejak kematian pada Disember melibatkan dua adik-beradik terperangk­ap di dalam sebuah lombong terbiar, ketika mereka cuba melombong batu arang.

Dua kematian tambahan di bawah keadaan yang sama telah menimbulka­n kemarahan di kalangan penduduk di pekan yang terjejas dari segi ekonomi, di mana statistik rasmi menempatka­nnya antara yang paling miskin di negara tersebut.

Penunjuk perasaan telah menuntut “alternatif ekonomi” terhadap “lombong maut”, di mana beratus-ratus pelombong bergelut untuk menampung hidup meskipun selepas penutupann­ya pada lewat 1990-an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia