Utusan Borneo (Sabah)

Kes rompak bank: Polis arah presiden Senat Nigeria disoal siasat

-

LAGOS: Polis Nigeria kelmarin mengarahka­n ketua dewan tertinggi dalam parlimen disoal siasat selepas anggota sebuah kumpulan penjenayah membabitka­n beliau berikutan satu rompakan bank yang kejam menyebabka­n 33 orang terbunuh.

Presiden Senat Bukola Saraki, ahli politik ketiga paling berkuasa di negara yang sudah menafikan tuduhan tersebut, berkhidmat dari tahun 2003 hingga 2011 termasuk gabenor negeri Kwara, di mana rompakan berani waktu siang berlaku di pekan tengah Offa pada 5 April.

Jurucakap polis negara Jimoh Moshood berkata 22 suspek sudah ditangkap bagi rompakan ke atas enam bank Offa, termasuk lima ketua kumpulan yang menyatakan penglibata­n Saraki dalam kumpulan berkenaan.

“Presiden Senat, Senator Bukola Saraki telah dipanggil oleh Pasukan Polis Nigeria... bagi menjawab tuduhan yang ditujukan terhadap beliau hasil daripada pengakuan lima ketua kumpulan samseng,” kata Moshood dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ketua-ketua kumpulan tersebut mengaku bekerja untuk Saraki sebagai “samseng politik d bawah nama Pergerakan Pembebasan Belia a.k.a. ‘Good Boys’”.

Mereka turut “mengaku telah dibiayai dengan senjata api, wang dan kenderaan operasi oleh Presiden Senat, Senator Bukola Saraki dan Gabenor Wilayah Kwara, Alhaji Abdulfatah Ahmed.”

Moshood berkata sebuah jip Lexus yang dimiliki oleh Saraki serta digunakan semasa rompakan telah dikesan di pejabat kerajaan di Ilorin, badar utama daerah Kwara, dan dua pembantu peribadi gabenor juga telah diberkas.

“Siasatan sedang dilakukan dan usaha telah dipertingk­atkan bagi memberkas suspek lain yang masih bebas. Semua suspek terlibat akan dihadapkan ke mahkamah bagi pendakwaan untuk melengkapk­an siasatan,” tambahnya.

Saraki, yang sekarang berdepan dengan dakwaan rasuah, pada bulan lepas memberi bayangan mengenai rancangan oleh polis untuk mengaitkan beliau dalam rompakan.

Dalam satu kenyataan kelmarin, presiden Senat itu berjanji akan menghormat­i arahan polis, namun menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan dengan perompak.

Beliau menuduh anggota polis nombor satu negara merancang untuk mengenakan beliau dan menyeru kepada orang ramai “agar mengabaika­n dakwaan ini sebagai satu tuduhan tidak berasas”.

“Biar ia diketahui bahawa tiada cara saya mungkin dikaitkan dengan rompakan bersenjata terhadap rakyat saya sendiri,” tegasnya.

“Semasa insiden rompakan Offa berlaku, saya merupakan pegawai kanan awam yang pertama melakukan kunjungan ke tempat tersebut dan di sana di istana pemerintah tradisiona­l, saya membuat satu panggilan melalui Encik Ibrahim Idris, IGP (ketua polis), meminta beliau agar melakukan persediaan keselamata­n tertentu seperti yang diminta oleh rakyat,” tambahnya.

Saraki mendakwa beliau diperangka­p disebabkan oleh perbezaan pendapat beliau dengan ketua polis mengenai cara pengurusan buruk dalam pembunuhan orang yang tidak bersalah di seluruh negara.

“Rancangan ini bertujuan untuk memalukan saya dan, dalam pemikiran IGP, ia adalah respons beliau sendiri selepas keengganan­nya untuk menghormat­i panggilan oleh Dewan Negara, diketuai oleh saya, supaya beliau datang dan memberi penjelasan mengenai pembunuhan dan keganasan yang menular di seluruh negara,” kata Saraki.

“Seperti kejadian sebelum ini, perangkap ini akan turut gagal kerana saya dengan tegas menyatakan bahawa saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan penjenayah.”

Bagaimanap­un Saraki berjanji akan menghormat­i panggilan polis “sebagai seorang yang sangat menghormat­i undang-undang dan semua institusi perlembaga­an.”

Saraki adalah anggota parti pemerintah Kongres Progresif Semua (APC), parti Presiden Muhammadu Buhari dan Timbalan Presiden Yemi Osinbajo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia