Utusan Borneo (Sabah)

Rapat hubungan pemimpin, rakyat

Program Jelajah Jom Masuk Kampung Parlimen Putatan singgah di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Program Jelajah Jom Masuk Kampung dan Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen P.173 PutatanAwa­ngHusainiD­atuk Sahari menemui masyarakat Kampung Tanjung Aru Lama di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru pada Ahad.

Program yang mendapat kerjasama Jawatankua­sa Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru berkenaan telah dihadiri para jemaah sekitar Tanjung Aru dan Pangsapuri Tanjung Aru.

Objektif penganjura­n program adalah sebagai merapatkan hubungan ukhuwah antara pemimpin

Rendra (berdiri, enam kiri) dan para jemaah Masjid Al-Kauthar merakamkan album kenangan bersama Awang Husaini (berdiri, lima kiri).

Untuk kesejahter­aan penduduk kampung ini, selagi ada yang boleh dibantu atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Putatan, saya sedia berkhidmat kepada rakyat pada bila-bila masa. AWANG HUSAINI DATUK SAHARI Ahli Parlimen P.173 Putatan

yang telah dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) lalu bersama rakyat selain mendengar denyut nadi masyarakat di kawasan Parlimen Putatan keseluruha­nnya.

Turut hadir di majlis secara santai itu ialah Imam Kariah Tanjung Aru Imam Rendra Ahmad, Imam Rawatib 1 Masjid Al Kauthar Tanjung Aru Imam Musa Abbas dan para jemaah sekitar Tanjung Aru.

Selain berbuka puasa, Awang Husaini juga turut bersama-sama menunaikan solat Fardhu Maghrib dan Fardhu Isya.

Awang Husaini ketika ditemui sempena program itu mahu masyarakat di kawasan Tanjung Aru dan Parlimen Putatan khasnya agar tidak segan silu mengemukak­an sebarang permasalah­an yang ada.

“Untuk kesejahter­aan penduduk kampung ini, selagi ada yang boleh dibantu atas kapasiti saya sebagai Ahli Parlimen Putatan, saya sedia berkhidmat kepada rakyat pada bila-bila masa,” katanya.

 ??  ?? IMAM
IMAM
 ??  ?? (gambar kanan) SEBAHAGIAN kanak-kanak lelaki warga Tanjung Aru yang turut memeriahka­n program berkenaan.
(gambar kanan) SEBAHAGIAN kanak-kanak lelaki warga Tanjung Aru yang turut memeriahka­n program berkenaan.
 ??  ?? BERSAMA Imam Rendra (tiga kiri) dan sahabat handai, para jemaah Masjid Al Kauthar berbuka puasa di beranda Masjid Al Kauthar.
BERSAMA Imam Rendra (tiga kiri) dan sahabat handai, para jemaah Masjid Al Kauthar berbuka puasa di beranda Masjid Al Kauthar.
 ??  ?? PARA jemaah ketika mengambil juadah soto yang disediakan untuk berbuka puasa.
PARA jemaah ketika mengambil juadah soto yang disediakan untuk berbuka puasa.
 ??  ?? AWANG Husaini bersalaman dengan jemaah yang hadir di program itu.
AWANG Husaini bersalaman dengan jemaah yang hadir di program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia